Individu dimaksudkan adalah penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang nyata kagum dengan cara Aisha mengalunkan lagu Sutera.
Malah, anak seni yang mesra dipanggil Tokti itu turut mengulang siar momen persembahan pemilik nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam di SFMM38.
Tokti turut menjangkakan Sutera bakal menyerlah lagi di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 3 Mac depan.
Aisha Retno bakal berentap buat julung kalinya di pentas AJL38 selepas empat tahun ceburi industri muzik
Antara penyanyi melayakkan diri ke AJL38 termasuklah Aina Abdul, Marsha Milan, Ernie Zakri, Ziana Zain, Hael Husaini, Amir Jahari, Masdo dan Naqiu.
Menerusi temu bual bersama Aisha Retno, dia rasa tidak percaya apabila dapat melangkah ke pentas AJL38.
Aisha turut berkongsi tentang persediaan yang dibuatnya untuk berentap dengan 12 lagu lain di pentas berprestij itu buat kali pertama.
Katanya, lagu ‘Sutera’ mempunyai banyak instrumen jadi dia perlu lebih menitikberatkan dari segi tarian, nyanyian dan elemen-elemen lain.
Setiap penyanyi mempunyai kehebatan tersendiri, tetapi bagi Aisha Retno menganggap Shiha Zikir pesaing terdekatnya
Aisha Retno jadikan komen Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memuji bakatnya sebagai pembakar semangat
Aisha menghargai penyanyi-penyanyi legend, walaupun telah menapak di industri muzik dalam tempoh masa yang lama tetapi tetap menyokong penyanyi baru.