Ais Krim Magnum – Kini dengan coklat Belgian di dalam setiap gigitan!
KUALA LUMPUR, 6 September, 2011: Ais krim Magnum, salah satu ais krim antrabangsa terkemuka sinonim dengan nikmat penuh kemewahan bakal menggamit deria penggemar ais krim Malaysia dengan kehadiran variasi terbaru yang disaluti coklat Belgian.
Tiga variasi terbaru ais krim Magnum yang disaluti dengan coklat Belgian iaitu, Magnum Classic, Magnum Almond dan Magnum Chocolate Truffle dilancarkan di Ritz Carlton pada malam bertemakan pengalaman diraja.
Menurut Hugo Verkuil, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, “Magnum adalah ais krim premium yang memberikan kenikmatan penuh kemewahan, manakala coklat Belgian merupakan coklat paling premium diantara semua coklat dan juga pilihan bagi golongan kerabat”. Rangkaian terbaru ais krim Magnum yang kini disaluti dengan coklat Belgian ini adalah citarasa mewah sebenar. Kami yakin dengan rasanya yang unik serta kualiti yang tinggi ia pasti memberikan kemewahan pengalaman yang luar biasa serta dapat memanjakan anda seperti golongan diraja.”
Pada majlis pelancaran tersebut, para tetamu telah dihiburkan dengan pertunjukan “A Royal Fashion Show” daripada Zang Toi. Pertunjukan “A Royal Fashion Show” Zang Toi dimulakan dengan model memperagakan koleksi tutu dan kemeja polo Zang Toi bersama dengan ais krim Magnum terbaru yang disaluti dengan coklat Belgian. Melengkapkan lagi pertunjukan pada malam itu, para tetamu disajikan dengan seleksi “Busana Diraja” Zang Toi lengkap dengan kilauan pertama tajaan Habib Jewels.
Jelas Hugo, “Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pereka tersohor dan kebanggaan Malaysia Zang Toi yang memberikan sentuhan glamor kepada majlis ini. Zang Toi memberikan inspirasi kepada wanita untuk meraikan diri didalam fesyen dan seperti Magnum juga, kami memberikan inspirasi kepada para konsumer dalam mengecapi nikmat penuh kemewahan. Gaun Magnum yang esklusif rekaan Zang Toi adalah definisi kemewahan dan kesempurnaan gaya hidup Magnum.”
Tambah Zang Toi “Apabila saya mereka Gaun Magnum Ekslusif ini, saya ingin meralisasikan definisi Magnum itu sendiri iaitu – kemewahan dan kenikmatan ais krim terbaru Magnum yang kini disaluti dengan coklat Belgian. Lantas pilihan kain baldu berona coklat lengkap dengan kemasan sulaman makhota emas dileher memberikan sentuhan esklusif yang mewah.”
Bersempena dengan pelancaran ais krim premiumnya, Magnum juga turut melancarkan pertandingan “ Enjoy the Royal Treatment Contest” dimana para konsumer berpeluang memenangi Tiara Magnum yang esklusif bernilai RM200,000 rekaan Habib Jewels.
Rangkaian ais krim terbaru Magnum disaluti dengan coklat Belgian hadir dengan tiga variasi yang tercipta dari bahan- bahan berkualiti tinggi:
• Magnum Classic, memberikan nikmat pada tahap tertinggi pada gigitan pertama lapisan coklat Belgian yang rangup mengasyikkan hingga ke dasar ais krim vanilla premiumnya.
• Magnum Almond, Ais krim vanilla berkrim dan lembut disaluti dengan lapisan coklat Belgian yang dipadu dengan potongan Almond yang rangup.
• Magnum Chocolate Truffle, Lingkaran chocolate truffle di dalam ais krim premium yang disaluti lapisan tebal kepingan coklat Belgian.
Magnum kini boleh didapati di pasaraya utama, pasaraya hyper, kedai serbaguna dan stesen minyak. Seleksi premium ini yang hadir dalam bungkusan signatur Magnum pek individu pada harga RM3.90 manakala pek multi ( 3 ais krim sekotak) boleh didapati pada harga RM11.70.
Untuk maklumat lanjut mengenai ais krim terbaru Magnum yang disaluti coklat Belgian dan mengenai pertandingan “Magnum Enjoy the Royal Treatment Contest”, sila layari laman Facebook Magnum di www.facebook.com/Magnum
Perisa Classic
Perisa Almond
Perisa Chocolate Truffle