Umum tahu Apple kerap menggunakan aturcara mereka dalam melancarkan model terbaru namun tidak pada kali ini. Selepas melancarkan melancarkan model terbaru iPhone iaitu iPhone 11 Pr, Apple pada hari ini telah melancarkan satu lagi produk terbaharu yang sememangnya dinantikan iaitu Apple AirPods Pro. Pengumuman ini adalah dianggap secara mengejut walaupun dah ada beberapa portal yang menyiarkan tentang ramalan mereka.
Ia merupakan fon telinga ketiga Apple selepas melancarkan AirPods pada September 2016, AirPods 2 pada Mac 2019.
Cuma apa yang membezakan AirPods Pro dengan AirPods sebelum ini adalah ia dilengkapi ciri pembatalan hingar aktif, pilihan saiz fon telinga, kalis air dan peluh serta didatangkan bersama kotak pengecas pantas tanpa wayar. Untuk semua itu, pengguna pula perlu membayar RM400 ringgit lebih mahal berbanding AirPods 2.
Produk ini adalah versi dipertingkat fon telinga tanpa wayar premium dengan ciri baru penapisan bunyi aktif.
Apple mengatakan ia menggunakan dua mikrofon dalam usaha menawarkan pengalaman audio yang baik kepada pengguna, dan mengadaptasi kepada seseorang individu dengan baik.
Itulah kekuatan utama yang dimiliki oleh Apple yang cukup dicemburui oleh pesaingnya. Malah dengan ekosistemnya yang unik dan tersendiri menjadikan produk-produk Apple sukar dibandingkan dengan jenama lain.
Apple menyatakan, penghantaran fon telinga tersebut akan bermula esok (30 Okt). Syarikat itu menambah AirPods baru itu kalis air dan peluh. Peranti berkenaan akan dijual pada harga RM1099.00.
AirPods Pro turut menggunakan cip H1 yang direka oleh Apple, dan mengatakan ia mampu menawarkan masa mendengar sehingga 4.5 jam, atau masa bercakap sehingga 3.5 jam. Seperti biasa, untuk pengecasan, ia menggunakan bekas pengecas khusus, sekaligus menawarkan masa penggunaan tambahan untuk pengguna. Sokongan lain seperti kawalan Siri dan sebagainya turut dibawakan oleh fon telinga nirwayar ini.
Syarikat tersebut sedang dalam proses mengurangkan unit alat pakai dan perkhidmatannya untuk meningkatkan pendapatan kerana ia berdepan penjualan iPhone yang lembab sejak beberapa suku yang lalu.
Pada model kali ini, Apple mahu memberi pengguna pengalaman menggunakan AirPods yang lebih baik lagi dengan penyertaan noise cancelling. Selain itu, rekaannya juga turut diberi kemaskini yang tampak lebih moden dan praktikal.
Seperti model AirPods yang diumumkan sebelum ini, AirPods Pro turut menggunakan processor Apple H1 serta menyokong pengecasan tanpa wayar. Difahamkan satu pengecasan penuh AirPods Pro membolehkan pengguna mendengar muzik dengan tempoh 4.5 jam.
Apple AirPods Pro sudah mula ditawarkan di serata dunia. Di Malaysia model ini ditawarkan pada harga RM1,099. Turut diumumkan pada awal pagi tadi adalah kemaskini iOS 13.2 yang menyokong akses AirPods Pro.