Para peserta pertandingan telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar, dan perlu melalui 13 jam di tempat duduk penerbangan ‘mock-up’ AirAsia serta menempuhi keadaan cuaca yang tidak menentu dan keletihan sambil menempuhi pelbagai cabaran, bagi menguji pengetahuan mereka tentang produk dan perkhidmatan AirAsia yang pelbagai.
AirAsia juga menganjurkan pelbagai permainan dan aktiviti sampingan yang menarik, dengan pelbagai hadiah menanti dan juga penampilan daripada artis tempatan. Acara tersebut telah dibawa oleh AirAsia dan disertai oleh rakan-rakan niaga yang terdiri daripada Program Kesetiaan AirAsia-BIG, AirAsiaGo, Expedia, Tune Insure & AirAsia-Citibank.
Bagi mengetahui perkembangan AirAsia dan juga perihal promosi, aktiviti serta peraduan, ikuti syarikat penerbangan itu di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).