in

Airasia X Terima Dua Pesawat Baru A330-300

AirAsia X menerima dua pesawat baru Airbus A330-300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam, menjadikan jumlah pesawat Kumpulan Syarikat penerbangan tersebut kini sebanyak 31 buah pesawat.

Kedua-dua pesawat dengan nombor pendaftaran masing-masing 9M-XBA dan 9M-XBB telah dihantar dari pusat kemudahan Airbus di Toulouse, Perancis ke Kuala Lumpur pada 14 dan 28 Mei 2016. Pesawat baru ini akan memulakan operasi penerbangan komersial bagi syarikat penerbangan tersebut hampir serta-merta.

Kumpulan AirAsia X kini mempunyai 31 pesawat

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, “Pesawat-pesawat ini adalah dua yang terakhir diterima oleh kami sehingga penghantaran Airbus A330-900NEO pada 2018. Kami sangat gembira dengan kehadiran dua buah pesawat ini sebagai sebahagian daripada keluarga AirAsia X Berhad kerana ia memberi kita lebih keupayaan untuk memperkenalkan lebih banyak kekerapan penerbangan dan sambungan ke rangkaian laluan kami.”

Penerimaan akhir sebelum penyerahan A330-900NEO dijangka pada 2018

Kumpulan AirAsia X mengendalikan 100% pesawat Airbus A330-300 dengan purata umur pesawat-pesawat kurang daripada lima tahun.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie MAMA UNTUK ISTERIKU Lakonan Wan Sharmila

Berlangsung Malam Ini Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2016