in , ,

AirAsia X Sambung Semula Trip Laluan Antara Kuala Lumpur & Chongqing

AirAsia X (AAX) meneruskan pemulihan kukuh dengan penyambungan semula perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Chongqing hari ini sejak penerbangan pertamanya ke bandar tersebut pada tahun 2015.

AirAsia X (kod penerbangan D7) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Chongqing bermula 15 Oktober 2024. Dengan penambahan laluan Chongqing, syarikat penerbangan ini akan terbang ke sembilan destinasi di China, termasuk Changsha, Xi’an, Chengdu (Tianfu) dan destinasi yang lain dengan jumlah keseluruhan 53 penerbangan mingguan.

Bagi meraikan penyambungan semula perkhidmatan ini, AAX menawarkan tambang promosi istimewa untuk penerbangan ke Chongqing bermula daripada RM339 termasuk semua* sehala. Tambang promosi ini boleh ditempah di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 11 Ogos 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 Oktober 2024 hingga 28 Mac 2025.

AirAsia X Sambung Semula Trip Laluan Antara Kuala Lumpur & Chongqing

Semua rakyat Malaysia layak untuk kemasukan tanpa visa bagi tujuan pelancongan ke China selama 15 hari sehingga akhir tahun 2025, manakala warganegara China boleh menikmati perjalanan tanpa visa ke Malaysia selama 30 hari sehingga 31 Disember 2026.

Chongqing merupakan sebuah perbandaran terbesar di dunia dengan populasi hampir 32 juta orang. Ia juga dikenali sebagai “Bandar Gunung,” yang dibina di kawasan pergunungan dan dinamakan “Bandar Kabus” kerana ia dikelilingi oleh lapisan kabus nipis.

Pengembara yang ingin menikmati pemandangan menakjubkan boleh mengunjungi Sungai Yangtze dan Sungai Jialing; Stesen Metro Liziba yang unik, di mana kereta api melintasi bangunan flat moden dan menikmati hidangan Chongqing Hot Pot yang pedas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 Menutup Tirai Bersama Sejuta Kenangan

Pengarah Sam Quah Raih Kejayaan di China dengan ‘A Place Called Silence’