in , ,

AirAsia X Sambung Semula Penerbangan ke Changsha, Ibu Kota Pelancongan

AirAsia X hari ini meraikan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Changsha, ibu kota dan bandar terbesar Wilayah Hunan di China.

Bandar ini diiktiraf sebagai salah satu destinasi pelancongan utama China, yang sering menjadi pilihan pelancong asing dan tempatan. Terkenal dengan budaya yang meriah dan sejarah yang kaya, ia juga merupakan destinasi popular untuk pelancongan malam di rantau ini.

AirAsia X Sambung Semula Penerbangan ke Changsha, Ibu Kota Pelancongan Terunggul

Penerbangan sulung berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada 5:25 petang dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua pada 10:30 malam pada 5 Julai 2024. Tetamu yang menaiki penerbangan D7 352 diraikan oleh Dato’ Fam Lee Ee, Pengerusi AirAsia X, Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan Allstars

AirAsia X Sambung Semula Penerbangan ke Changsha, Ibu Kota Pelancongan Terunggul

Penerbangan sulung ini mencatat faktor muatan penumpang melebihi 70 peratus, dengan lebih 40 peratus pelancong dari China dan lebih 30 peratus penumpang dari Malaysia.

AirAsia X Sambung Semula Penerbangan ke Changsha, Ibu Kota Pelancongan Terunggul

AirAsia Group kini terbang ke sejumlah 17 destinasi di China. AirAsia X (kod penerbangan D7) mengendalikan empat penerbangan mingguan ke Changsha dan ini menandakan destinasi keenamnya dari Kuala Lumpur ke China, selepas Shanghai, Hangzhou, Beijing (Daxing), Chengdu (Tianfu), dan Xi’an, sekali gus memperkukuh lagi status AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di China.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Muzik Indonesia Bakal Satukan Kotak, Ifan Seventeen & Marcello

Penggambaran Studio Profesional Percuma di Sunway Carnival Mall