Promosi Istimewa tambang termasuk semua serendah RM199* sehala!
AMRITSAR, 1 Mei 2018 – AirAsia X mengumumkan pembukaan laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar di Utara India sebagai sebahagian daripada perancangan pengembangan di India pada tahun ini.
Mulai 16 Ogos 2018, khidmat empat kali seminggu akan ditawarkan kepada tetamu untuk akses ke Amritsar yang mempunyai potensi sebagai destinasi keagaamaan, pelancongan, perdagangan dan perniagaan. Laluan ini mempunyai potensi kapasiti tahunan sebanyak 156,832 kerusi antara Kuala Lumpur dan Amritsar.
Amritsar merupakan destinasi ketiga ke India bagi AirAsia X dan destinasi ke-21 di India bagi Kumpulan AirAsia. Dua lagi destinasi AirAsia X ke India adalah New Delhi dan Jaipur.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, “Ramai komuniti Sikh dan Punjabi meminta kami untuk terbang terus ke Amritsar, di mana terletaknya Kuil Emas paling terkenal di dunia dan kami teruja untuk menawarkan khidmat terbang terus ke kota suci ini.
“Laluan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memperkukuhkan kedudukan kami di India yang memberi kemungkinan untuk perluasan ke Eropah dan Amerika Utara. AirAsia X akan memberi fokus kepada usaha mempromosi Amritsar bersama dengan destinasi sedia ada, New Delhi dan Jaipur sebagai sebahagian daripada kempen keseluruhan kami yang memberi tumpuan kepada trafik Fly-Thru kami termasuk dari pasaran Indonesia, Australia dan New Zealand,” ujar Benyamin.
Menteri Pelancongan dan Hal Ehwal Kebudayaan Punjab, Navjot Singh Sidhu berkata, “Penerbangan terus AirAsia X ke Amritsar adalah penting kepada masyarakat Punjabi yang berada di seluruh dunia. Ia merupakan destinasi yang digemari bukan hanya untuk diaspora Punjabi tetapi juga ramai pelancong asing. Kesalinghubungan adalah tunjang kepada pelancongan di Punjab dan AirAsia menawarkan kami rangkaian kesalinghubungan luas yang telah lama diwujudkan yang akan menghubungi Amritsar ke bandar-bandar lain di rangkaian penerbanganya dan juga ke tempat-tempat lain di seluruh dunia.”
“Kami mengalu-alukan AirAsia X ke Amritsar, dan kami gembira bahawa diaspora Punjabi dan pelancong asing dari destinasi di rangkaian luas AirAsia termasuk Australia dan New Zealand akan dapat terbang ke Amritsar dan Punjab,” ujar beliau.
Tetamu boleh menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia termasuk dari Melbourne, Sydney, Singapore, Bali dan Bangkok untuk terbang ke Amritsar dari Bandar-bandar lain di rangkaian luas AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu persinggahan.
Amritsar adalah antara destinasi yang paling popular di Punjab yang terletak di barat laut India, yang kurang menerima perkhidmatan dari wilayah Asia Pasifik. Kota ini juga terletaknya tempat suci penganut Sikh, Harmandir Sahib atau Kuil Emas dan juga banyak lagi monumen bersejarah termasuk Jallianwala Bagh, Wagah Border dan Kubu Gobindgarh.
Sempena meraikan pengumuman laluan baharu ini, AirAsia X menawarkan promosi tambang termasuk semua serendah RM199* sehala untuk kerusi ekonomi dan RM699* sehala untuk kerusi Premium Flatbed yang dibuka untuk tempahan di airasia.com mulai 2 Mei sehingga 13 Mei 2018, dan melalui aplikasi telefon bimbit AirAsia untuk tempoh perjalanan antara 16 Ogos 2018 dan 27 Oktober 2018.
AirAsia X akan manawarkan operasi perkhidmatan pergi-balik 4 kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Amritsar pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Penerbangan pelepasan (kod pesawat: D7188) akan berlepas dari klia2 pada jam 19:20 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ram Dass Jee di Amritsar pada jam 22:30. Penerbangan ketibaan (kod pesawat: D7189) akan berlepas dari Amritsar pada jam 23:45 dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 8:05.
Untuk maklumat terkini berkenaan berita, promosi dan aktiviti terkini AirAsia ikuti (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Amritsar, India (ATQ)