in , ,

AirAsia X Kini Jadi Airlines Yang Hubungkan Kuala Lumpur & Xi’an

AirAsia X (AAX) hari ini meraikan pencapaian sebagai satu-satunya syarikat penerbangan menghubungkan Kuala Lumpur ke Xi’an secara terus dengan penerbangan pertamanya mencatat 100 peratus muatan penumpang.

Para tetamu yang terbang ke Xi’an dengan penerbangan D7 346 telah diraikan dengan meriah oleh pihak pengurusan AAX dan kakitangannya. Penerbangan sulung ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 7:05 petang pada 4 April 2024 dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Xi’an Xianyang pada jam 12:30 pagi (waktu tempatan) pada 5 April 2024.

AirAsia X Kini Jadi Airlines Yang Hubungkan Kuala Lumpur & Xi'an

Xi’an adalah destinasi kelima AAX di China selepas Beijing (Daxing), Shanghai, Hangzhou dan Chengdu (Tianfu). Pengembangan ini memperkukuh lagi komitmen syarikat penerbangan ini untuk memperluas rangkaiannya di pasaran China sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di negara tersebut.

AirAsia X Kini Jadi Airlines Yang Hubungkan Kuala Lumpur & Xi'an

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan penyambungan semula laluan ke bandar ikonik di China. Laluan ini menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang secara terus dari Kuala Lumpur ke Xi’an. Sejajar dengan kerjasama ekonomi Malaysia-China yang terus berkembang dan terus kukuh dengan inisiatif kemasukan tanpa visa, kami menjangka laluan ini akan menjadi salah satu laluan popular dalam rangkaian kami, selain meningkatkan industri pelancongan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Kami akan terus mengembangkan rangkaian lebih luas di China dan menyokong visi kerajaan yang mensasarkan kedatangan antara lima hingga tujuh juta pelancong dari negara ini pada tahun ini, serta mula mempromosikan industri pelancongan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.”.

Bgai meraikan pencapaian ini, AAX menawarkan tambang promosi istimewa ke bandar yang menakjubkan ini. Bermula 15 hingga 21 April 2024, para tetamu boleh membuat tempahan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Xi’an dengan tambang bermula daripada RM488 termasuk semua* sehala. Tawaran ini sah untuk perjalanan segera sehingga 31 Mac 2025. Tambang promosi ini boleh ditempah di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp).

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj lain yang berkenaan. Kemasukan ke negara China tanpa visa sah untuk lawatan sehingga 15 hari dan hanya terpakai untuk warganegara Malaysia. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 Bakal Gegar Zepp KL

The Alif Lancar Lagu Raya ‘Lebaran Yang Hiba’, Ada Elemen Klasik & Moden