Ketibaan pelancong ke Kota Kinabalu dijangka meningkat dengan permulaan penerbangan AirAsia dari Wuhan, China
Bandar Kota Kinabalu dijangka akan menerima lebih ramai pelancong dari China dengan permulaan penerbangan AirAsia dari Wuhan ke Kota Kinabalu pada hari ini.
Syarikat penerbangan itu meraikan penerbangan sulung bagi laluan baru ini, yang dioperasikan secara eksklusif oleh AirAsia, dengan satu majlis perlepasan Kota Kinabalu ke Wuhan yang berlepas hari ini pada jam 6:55 petang dengan muatan penumpang lebih 70 peratus; manakala penerbangan Wuhan ke Kota Kinabalu yang dijangka tiba esok pagi pada pukul 4:05 pagi dengan muatan penumpang hampir 100 peratus.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah; Yang Berbahagia Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah; Yang Berbahagia Datuk Irene Charuruks, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sabah hadir untuk meraikan perlepasan penerbangan sulung bagi kesemua tetamu AirAsia yang akan berlepas ke Wuhan, China dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; diiringi oleh Encik Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Laluan terbaru kami dari Kota Kinabalu ke Wuhan adalah sebahagian daripada inisiatif dan komitmen ke arah membangunkan Sabah sebagai pintu masuk bagi pelancong dari negara China ke Malaysia Timur. Kami melihat satu trend tempahan awal yang kukuh dengan purata 70 peratus muatan penumpang sehingga Mac 2016 buat laluan ini. Kami yakin ketibaan pelancong China ke Sabah akan terus meningkat dengan permulaan laluan ini, dan juga turut mengeratkan hubungan sosial dan budaya antara kedua-dua bandar ini. Selain itu juga, penduduk Sabah kini boleh menikmati pengalaman di Wuhan dengan penerbangan terus dan tambang rendah”.
YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah berkata, “Sabah sentiasa mengalu-alukan lebih ramai pelancong dan ada banyak yang boleh kami tawarkan, dan bersama-sama dengan AirAsia, yang telah menunjukkan komitmen untuk terus mengembangkan habnya di Kota Kinabalu ini, kami yakin bahawa permulaan laluan baru dari Wuhan, China akan membawa sumbangan yang besar kepada ketibaan pelancong ke Sabah pada tahun ini. Tahniah kepada AirAsia atas perlepasan penerbangan sulung mereka ke Wuhan.”
Promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM249* sehala dari Kota Kinabalu ke Wuhan boleh didapati di airasia.com sebagai sebahagian daripada sambutan permulaan penerbangan ini. Tempahan boleh dibuat mulai sekarang hingga 31 Januari 2016 bagi tempoh perjalanan
mulai hari ini hingga 30 June 2016. Promosi tambang ini juga boleh didapati melalui aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.
Kota Kinabalu, merupakan hab antarabangsa kedua terbesar AirAsia di Malaysia kini mempunyai 18 penerbangan terus dengan 504 penerbangan seminggu dengan penambahan laluan Wuhan ke dalam rangkaiannya, dengan lebih 3.8 juta penumpang yang telah diterbangkan ke dan juga dari Kota Kinabalu pada tahun 2015 sahaja.
Tetamu dari Kota Kinabalu juga boleh menyambung ke 12 negara melalui perkhidmatan sambungan (Fly-Thru service) seperti ke Australia, Thailand, China, Jepun, Korea Selatan, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan India.
Wuhan adalah ibu kota wilayah Hubei yang terletak di sentral China dan merupakan bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di kawasan itu, serta menjadi pintu masuk kepada tempat-tempat bersejarah yang perlu dilawati. The Ancient Chibi Battlefield yang juga dikenali sebagai Red Cliffs, menggambarkan perang epik yang berlaku semasa dinasti Tiga Kerajaan; Enshi Grand Canyon, sebuah laman semulajadi dengan pemandangan yang indah; dan Gunung Yandi Shennong, salah satu zon hutan terpelihara terbaik di China.
Di Wuhan, pelancong boleh menikmati Menara Yellow Crane, sebuah menara kuno yang telah musnah dan dibina semula beberapa kali tetapi masih mengekalkan daya tarikan dunia lama; dan Tasik Wuchang, ia merupakan tasik yang terbesar dalam sebuah bandar di China.
Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).