Pemenang bertuah hadiah utama, Loo Hun Kok dari Malaysia, telah berpeluang bertemu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani yang telah menyampaikan hadiah-hadiah berupa penerbangan pergi-balik bagi dua orang ke mana-mana destinasi AirAsia atau AirAsia X (Tempat Duduk Premium), penginapan 3H/2M di hotel bertaraf 5-bintang sumbangan AirAsiaGo, 2 juta Mata Ganjaran BIG dan 2 telefon pintar Nokia Lumia 1020.
Penyertaan Loo yang terpilih sebagai foto terbaik merupakan memori percutiannya di Yogyakarta, dipilih selepas peraduan selama 6 minggu tersebut berakhir pada 20 Disember 2013. AirAsia mengucapkan terima kasih kepada para penaja peraduan ini, iaitu BIG, AirAsiaGo and Nokia.
Ikuti perkembangan, promosi dan aktiviti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
