in

AirAsia travel 3Sixty° Lancar Wajah Baharu Sempena Ulang Tahun ke-10

AirAsia travel 3Sixty° lancar wajah baharu sempena ulang tahun ke-10 Majalah itu juga melancarkan laman travel3Sixty.com baharu sebagai sebahagian daripada strategi pendigitalan AirAsia

Majalah dalam penerbangan AirAsia yang telah memenangi pelbagai anugerah, travel 3Sixty° melancarkan wajah baharu bagi isu bulan Oktober pada hari ini sempena ulang tahun ke-10. Majalah tersebut yang kini mempunyai logo, susunan halaman, kandungan dan penjenamaan menyeluruh yang serba baharu, telah dilancarkan oleh Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan penerbit majalah travel 3Sixty° di Fahrenheit 88, Bukit Bintang.

AirAsia travel 3Sixty°

AirAsia travel 3Sixty° lancar wajah baharu sempena ulang tahun ke-10 Majalah itu juga melancarkan laman travel3Sixty.com baharu sebagai sebahagian daripada strategi pendigitalan AirAsia

Diterbitkan pada Ogos 2007 untuk memperkenalkan destinasi terkini, seni budaya, warisan dan kembara, majalah travel 3Sixty° kini juga bertujuan untuk membangkitkan semangat pengembaraan di kalangan pembaca dan memberi inspirasi kepada mereka untuk merancang percutian impian mereka. Wajah baharu ini juga memperkenalkan beberapa halaman baharu seperti The Hype, Travel Planner, Aperture dan The Client’s List.

Selain itu, selari dengan inisiatif hijau AirAsia, majalah ini kini dicetak di atas kertas matte yang lebih ringan dan mengurangkan beban sebanyak 20 peratus, supaya penggunaan bahan api pesawat lebih baik seterusnya memberikan lebih penjimatan kepada para tetamu AirAsia.

Di samping itu, sempena pelancaran wajah baharu majalah itu dan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia ke arah menjadi syarikat penerbangan digital, majalah tersebut turut melancarkan laman travel3Sixty.com baharu, yang kini dilengkapi dengan ciri transaksi dan mesra mudah alih untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna, terutamanya yang lebih aktif. Di samping itu, laman web ini membolehkan para tetamu mendapatkan maklumat mengenai destinasi baharu dengan lebih cepat dan mudah kerana artikel, aktiviti dan pelbagai tawaran dikategorikan mengikut destinasi. Jadi, selain boleh mengakses maklumat mengenai destinasi mereka, para tetamu juga boleh terus menempah pelbagai aktiviti dengan mudah.

Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan penerbit majalah travel 3Sixty° berkata, “Wajah baharu ini menjadikan majalah travel 3Sixty° lebih kontemporari dan bergaya, sesuai dengan trend terkini dalam industri penerbitan. Selain memberikan susun gaya baharu kepada pembaca kami, majalah ini juga membuktikan bahawa ia terus berkembang dan berusaha untuk memenuhi permintaan dalam pembaca kami. Ia juga menjadi kenyataan kepada para penyokong dan pengiklan kami bahawa majalah ini sentiasa mencari peluang untuk menjadi sebuah penerbitan yang berkualiti yang akan meningkatkan kedudukannya kepada para pembaca.”

“Kami juga percaya, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia ke arah menjadi syarikat penerbangan digital, ini adalah masa yang tepat untuk memperkenalkan lebih banyak ciri kepada travel3sixty.com, yang juga akan menjadi arkib bagi semua kandungan kami dan menampilkan perancang perjalanan. Asia Pasifik mempunyai kadar penembusan mudah alih yang amat tinggi, dan kami percaya ciri-ciri baharu ini serta keupayaan untuk menempah aktiviti secara selamat di mana-mana sahaja adalah penting untuk menjadikan pengalaman tetamu kami lebih mengujakan,” tambah beliau.

Boleh didapati di dalam semua penerbangan AirAsia, travel 3Sixty° kini mencatatkan lebih tiga juta pembaca bulanan. Majalah ini juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk Artikel Perjalanan Terbaik Asean di Anugerah ASEANTA ke-25 dan 26, Foto Pelancongan Terbaik di Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-27, Anugerah Platinum ASEAN di Majlis Anugerah Datuk Bandar Kuala Lumpur 2014, Anugerah Cetakan Mesra Alam di Malaysia Print Awards 2017 dan banyak lagi. Untuk aktiviti terkini majalah travel 3sixty°, sila ikuti di Twitter (twitter.com/Travel3Sixty) dan Facebook (facebook.com/travel3sixty).

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Mengenai Kumpulan AirAsia
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka dan terbesar di Asia, dengan rangkaian perkhidmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi. Sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 400 juta penumpang dan berkembang dari hanya dua pesawat kepada lebih 200. Kami amat berbangga menjadi Asean tulen (Association of Southeast Asian Nations) dengan operasi yang telah dilancarkan di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, serta merangkumi seluruh Asia, Australia, New Zealand dan Timur Tengah. AirAsia telah dianugerahkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam tinjauan tahunan syarikat penerbangan dunia oleh Skytrax selama sembilan tahun berturut – turut dari 2009 sehingga 2017. AirAsia juga telah dianugerahkan peneraju Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Dunia untuk empat tahun berturut-turut di World Travel Awards 2016, dan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang memenangi Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terbaik Dunia.

Mengenai travel 3Sixty°
travel 3Sixty° adalah majalan dalam penerbangan AirAsia, yang telah merangkul Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia Skytrax selama sembilan tahun berturut-turut (2009-2017). Majalah bulanan berbahasa Inggeris ini diterbitkan sepenuhnya oleh pasukan editorial di ibu pejabat AirAsia di Malaysia. Dikenali sebagai majalah perjalanan dan gaya hidup, travel 3Sixty° diterbitkan untuk memberi inspirasi kembara melalui foto yang menarik dan kisah perjalanan yang mengujakan di seluruh destinasi di rantau Asean dan rangkaian AirAsia. Diterbitkan lebih daripada 58,000 salinan, majalah ini kini dicetak di atas kertas matte yang lebih ringan dan mengurangkan beban sebanyak 20 peratus. Ia juga boleh dibaca dan dimuat turun secara atas talian di travel3sixty.com

Travel3Sixty.com adalah platform digital travel 3Sixty°, majalah dalam penerbangan AirAsia. Mula dilancarkan pada tahun 2011 sebagai medium untuk mengakses artikel berbentuk PDF majalah tersebut, travel3sixty.com kini memberikan peluang kepada para tetamu untuk mengetahui, menempah dan menerokai pelbagai destinasi di Asia Pasifik. Platform ini dimiliki dan dikendalikan oleh Touristly Travel Sdn Bhd, sebuah platform pengembaraan yang merupakan sebahagian daripada perjanjian pembelian 50 peratus dengan AirAsia pada April 2017. Syarikat itu juga adalah penerima geran Cradle CIP500. Mereka juga merupakan salah satu daripada dua peserta yang dipilih di Pitch@Palace Malaysia pada Jun 2016 untuk mewakili negara di Pitch@Palace Global, sebuah inisiatif oleh Duke of York, pada Disember 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekarang Dah Ada Cara Senang Nak Terbang Ke Jeju dari Kuala Lumpur

Yang Menarik Semasa Bermalam Dengan Hantu di Nights of Fright 5 Sunway Lagoon