in , ,

AirAsia & Tourism Malaysia Bekerjasama Tawar E-Baucar Cuti-Cuti Malaysia

AirAsia memuji langkah proaktif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam mengumumkan Pakej Rangsangan dan Pelan Pemulihan terperinci untuk menghidupkan kembali ekonomi negara melalui pelancongan domestik, yang melibatkan kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan kerjasama pemain industri pelancongan.

Sebagai salah satu syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam pelan ini, AirAsia akan menawarkan e-baucar bernilai RM50 kepada 24,000 pelancong domestik yang dijangka akan memacu pelancongan domestik dan membantu menjana pendapatan perniagaan berkaitan dengan pelancongan seperti hotel, restoran, pengendali pelancongan dan banyak lagi. 

E-baucar tersebut boleh ditebus di laman web kami, airasia.com tidak lama lagi. Ikuti kami di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia) untuk maklumat terkini.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kongsi Video Baby Shower, Peminat Teruja Tunggu Kelahiran Bayi Aiman & Zahirah

JOOX Membawakan Anugerah K-Pop Mnet Asian Music Awards 2020 MAMA2020