in

AirAsia Terima Anugerah di ASEANTA Awards for Excellence 2013

AirAsia terima pengiktirafan dari rantau ini di ASEANTA Awards for Excellence 2013 yang ke-27 dengan 2 anugerah – ‘Best Asean Tourism Photo’ dari foto jurnalis AirAsia Adam Lee dan ‘Best Asean Marketing & Promotional Campaign’ dari bahagian pemasaran syarikat penerbangan ini.

ASEANTA (Asean Tourism Association) Awards for Excellence dianjurkan bagi mengiktiraf individu-individu atau organisasi dari pelbagai sektor yang telah menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan Asean dan sejumlah 9 anugerah dipertandingkan bagi ASEANTA Awards for Excellence 2013 yang ke-27 kali ini.

Airasia

[pullquote align=”right”]AirAsia terima dua anugerah di ASEANTA Awards for Excellence 2013 yang ke-27. Foto jurnalis Adam Lee terima Best Asean Tourism Photo & kempen pemasaran AirAsia terima Best Asean Marketing & Promotional Campaign[/pullquote]

Majlis anugerah ini dianjurkan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak bersempena ASEAN Tourism Forum 2014. YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia menyampaikan anugerah ‘Best Asean Tourism Photo’ kepada Adam Lee, dan anugerah ‘Best Asean Marketing & Promotional Campaign’ kepada Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

Anugerah Best Asean Tourism Photo telah menggambarkan tarikan di Asean sebagai pusat pelbagai budaya, dan gambar-gambar yang telah dihantar untuk anugerah ini dinilai dari 4 kriteria: tahap keberkesanan, keaslian, persembahan dan kualiti.

Gambar yang telah memenangi hati para juri adalah gambar Negeri Melaka, yang telah diambil oleh foto jurnalis AirAsia Adam Lee. Adam Lee, 33, telah mula berkhidmat sebagai foto jurnalis dalaman AirAsia sejak empat tahun yang lalu dan berkhidmat terutama bagi majalah dalam pesawat, Travel3sixty. Hasil karya beliau boleh dilihat di laman www.airasia.com/travel3sixty.

Sementara itu, kempen AirAsia ‘Celebrating 2 million Facebook Fans with Free Seats’ yang telah berlansung sepanjang 4 – 13 Oktober 2013 setelah mencapai 2 juta peminat di Facebook terbukti sebagai kempen paling efektif, kreatif dan inovatif diantara penyertaan yang telah diterima oleh para juri ASEANTA Awards for Excellence.

Kempen pemasaran ini termasuk sembilan negara – Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Kambodia, Myanmar, Brunei, Singapura dan Vietnam menerusi platform seperti Facebook, Twitter, laman web AirAsia, serta iklan di radio dan surat khabar. Kejayaan kempen ini telah menyumbangkan kepada penambahan 26% kepada keuntungan dan lebih 58% tempat duduk terjual dibandingkan dengan kempen-kempen yang lain.

Anugerah Best Asean Marketing & Promotional Campaign dianugerahkan kepada individu-individu atau usaha pemasaran bersama dari pelbagai organisasi pelancongan, dalam mempromosi satu atau lebih negara-negara Asean sebagai destinasi pelancongan dan penyertaan dinilai berdasarkan tahap keberkesanan, kreativiti, inovasi dan keputusan akhir.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Super Junior Rasmi Restoran KyoChon Pertama di Malaysia

Ulasan Konsert Gelombang Salamiah Hassan