in , ,

AirAsia Tawar Tambang Rendah Bermula RM298 Sempena Tahun Baru Cina

Terbang ke tujuh destinasi antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dengan tambang rendah tetap* pada RM298 sehala ke Sarawak dan RM348 ke Sabah dari 5 hingga 15 Februari 2024

AirAsia hari ini melancarkan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam bagi menyatukan keluarga pada Tahun Baru Cina ini dengan tambang berpatutan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.

Terbang ke kampung halaman pada musim perayaan ini dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri, dan Johor Bahru ke Kuching, Sibu atau Miri dengan tambang tetap RM298* sehala dan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu dengan tambang tetap RM348* sehala bermula dari 5 hingga 15 Februari 2024.

Selain 134 penerbangan tambahan lewat malam pada tambang rendah tetap ke tujuh destinasi popular di Sabah dan Sarawak, AirAsia juga mengendalikan 408 penerbangan mingguan dengan tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menyokong inisiatif kerajaan pada musim perayaan ini.

AirAsia Tawar Tambang Rendah Bermula RM298 Sempena Tahun Baru Cina

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkata: “Kami berbesar hati untuk menyokong usaha AirAsia yang merupakan salah satu syarikat penerbangan tempatan yang terus konsisten menyokong inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat melakukan perjalanan dengan tambang berpatutan, terutamanya semasa musim perayaan. Inisiatif tambang tetap ini juga sejajar dengan inisiatif-inisiatif kerajaan termasuk program FLYsiswa di mana kerajaan menyediakan subsidi RM300 untuk pembelian tiket penerbangan oleh pelajar universiti awam dan subsidi tambang asas** RM599 sehala bagi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi ke Sabah, Sarawak dan Labuan seperti yang diumumkan pada tahun lalu. Kerjasama antara kerajaan dan pemain industri yang terlibat adalah penting untuk membangunkan sektor penerbangan yang lebih kukuh dan dinamik seterusnya memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara. Oleh itu, kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pihak industri demi kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, kami terus komited untuk mengendalikan penerbangan dengan tambang berpatutan demi menyatukan para tetamu dengan keluarga mereka. Kami berbesar hati untuk melancarkan tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dengan 25,000 jumlah tempat duduk bagi tempoh perayaan akan datang. Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana dengan sokongan mereka kami dapat menawarkan tambang berpatutan untuk semua terutamanya pada musim perayaan ini.”

Para tetamu yang melakukan perjalanan pada musim perayaan ini digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri menggunakan aplikasi airasia Superapp, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan. Untuk menikmati pengalaman penerbangan yang lebih lancar, daftar ciri-ciri FACES melalui aplikasi airasia Superapp untuk menggunakan lorong khas EZ Pass di lapangan terbang dan semasa menaiki pesawat.

AirAsia Tawar Tambang Rendah Bermula RM298 Sempena Tahun Baru Cina

Muat turun aplikasi airasia Superapp dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery untuk menerima maklumat dan kemas kini mengenai penerbangan yang ditempah.

*Tambang tetap promosi yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

**Penerbangan dengan tambang asas yang kurang daripada RM599 akan dijual pada tambang semasa. Tambang termasuk 20kg bagasi daftar masuk. Tambang tidak dapat dipulangkan dan tertakluk kepada terma dan syarat lain. Tambang semua sehala bermula RM674 termasuk cukai kerajaan, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Subsidi tersebut tersedia untuk penerbangan  pada 7, 8 dan 9 Februari 2024.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAMDAN SENARIO

Hamdan Senario Meninggal Dunia, Ada Jangkitan Kuman Dalam Darah

UNGU

Harga Tiket Pesta Muzik Kuantan Serendah RM58 Untuk Warga Pantai Timur