in ,

Airasia Tawar Kuala Lumpur Padang Kini 2 Kali Sehari

Kuala Lumpur – Padang kini 2x sehari bersama AirAsia
Tambahan kekerapan bermula 29 Mac dan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM79 sehala!

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia yang kini mengendalikan 290 penerbangan mingguan ke Indonesia, akan meningkatkan kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Padang dari 10x seminggu ke 14x seminggu bermula dari 29 Mac 2013.

Kekerapan penerbangan tambahan itu menyediakan tetamu dengan pilihan masa penerbangan yang lebih fleksibel, kerana akan terdapat dua penerbangan harian bagi laluan ini. Pada masa ini, penerbangan berlepas pada 7.50 pagi dari Kuala Lumpur dan tiba di Padang pada 8.00 pagi waktu tempatan, manakala kekerapan baru akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 1.25 petang dan tiba di Padang pada 1.30 petang waktu tempatan.

AirAsia meraikan tambahan kekerapan penerbangan ini dengan tambang rendah istimewa termasuk semua, dari RM79 sehala dari Kuala Lumpur ke Padang dan tetamu boleh menempah dalam talian di www.airasia.com mulai hari ini sehingga 24 Mac 2013. Tempoh perjalanan bagi tambang promosi ini ialah dari 21 Mac – 15 jun, 2013 dan termasuk kekerapan yang sedia ada.

Padang merupakan pintu pelancongan utama kepada Pantai Barat Sumatera, dan bandar perdagangan lama ini menawarkan pelancong dengan pemandangan tepi pantai klasik zaman kolonial yang menempatkan gudang abad lama dan koleksi bot-bot kecil serta feri dayung yang berbaris di sepanjang Sungai Batang Arau. Padang juga merupakan pintu masuk ke kawasan tanah tinggi Minang, dan pelawat boleh mempelajari semua adat perpatih dan budaya Minangkabau Mentawai di Muzium Daerah Padang yang terletak di pusat bandar. Tasik Maninjau, merupakan tasik kawah terkenal, menawarkan aktiviti paragliding dan bersiar-siar sambil menunggang motosikal yang disewa.

Dan sudah tentu, nikmatilah hidangan Padang yang terkenal dengan pedasnya tetapi enak, lebih dikenali di Malaysia sebagai Nasi Padang, sebab yang lebih untuk bercuti di sana. Destinasi yang amat sesuai bagi pelancong yang gemar melihat, makan & membeli ialah Padang, bandar terbesar dan ibu negeri Pantai Barat Sumatera.

Padang juga sudah lama menjadi tarikan kepada para penyelam dengan tempat menyelam yang tenang dan tidak disentuh, menawarkan pemandangan bawah air yang menakjubkan dan kehidupan marin yang pelbagai dengan terumbu karang serta explorasi bangkai kapal, sesuai untuk penyelam semua peringkat.

Selain daripada laman web AirAsia, tetamu juga boleh membuat tempahan melalui platform tempahan mobile AirAsia melalui telefon berkemampuan WAP melalui mobile.airasia.com dan aplikasi AirAsia pada peranti iPhone dan Android; serta melalui AirAsia Travel & Service Centre (ATSC) yang terletak di seluruhnegara. Lawati www.airasia.com untuk senarai penuh ATSC.

Kenny Wong, Pengarah Komersial AirAsia Berhad berkata, “AirAsia Berhad kini mengendalikan sejumlah 290 penerbangan sehala mingguan dari Malaysia ke 15 destinasi di Indonesia, menjadikan kami syarikat penerbangan dengan salah satu penyambungan paling luas dari Malaysia ke Indonesia. Kami komited untuk mengembangkan pasaran ini dan tambahan kekerapan penerbangan ini memudahkan tetamu kami untuk membuat perancangan perjalanan dan memilih masa yang sesuai bagi mereka. Sama ada untuk tujuan perniagaan atau percutian, mereka dapat mengambil peluang untuk terbang kemana-mana 82 destinasi kami di seluruh 18 buah negara, hasil daripada rangkaian laluan kami yang meluas disediakan oleh Kumpulan AirAsia. Kami komited untuk mengembangkan bahagian pasaran kami di Indonesia.”

Sebanyak 15 destinasi di Indonesia yang dihubungkan AirAsia ialah Balikpapan, Banda Aceh, Bandung, Jakarta, Bali, Yogyakarta, Lombok, Medan, Padang, Pekanbaru, Palembang, Solo, Semarang, Surabaya dan Makassar.

Para tetamu digalakkan untuk menempah awal peruntukan bagasi secara dalam talian, bersama dengan tempahan penerbangan untuk mendapatkan penjimatan sehingga 66%, berbanding mendaftar masuk beg di kaunter lapangan terbang di saat akhir.

Selain itu, para tetamu juga boleh menempah awal hidangan secara dalam talian dengan pelbagai pilihan ‘hot meals’ disediakan di atas pesawat, dengan opsyen tempahan sehingga dua hidangan bagi setiap tetamu.

Peruntukan bagasi daftar masuk, hidangan dalam pesawat, ‘Pick-A Seat’, insurans perjalanan dan sebagainya boleh didapati secara dalam talian dan para tetamu boleh menambah atau membuat perubahan terhadap tempahan mereka dengan mudah melalui ‘Manage My Booking’.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Baju T Eksklusif Konsert Wings Rockestra 2013

Songlap Harumkan Nama Malaysia di AIFFA 2013