in

AirAsia Tambah 43 Kekerapan Penerbangan Sempena Hari Raya

Sempena musim perayaan akan datang, AirAsia akan menambah 43 kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching bermula 8 hingga 25 Jun 2018.

Kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar akan bertambah daripada 31 kepada 38 kali seminggu sehala; ke Langkawi akan bertambah daripada 61 kepada 65 kali seminggu sehala; ke Kuala Terengganu akan bertambah daripada 35 kepada 39 kali seminggu sehala; ke Kota Bharu akan bertambah daripada 56 kepada 63 kali seminggu sehala dan ke Bandar Seri Begawan akan bertambah daripada 14 kepada 17 kali seminggu sehala.

Manakala, penerbangan dari Johor Bahru ke Tawau akan bertambah daripada 4 kepada 7 kali seminggu sehala; ke Kota Kinabalu akan bertambah daripada 14 kepada 18 kali seminggu sehala; ke Miri akan bertambah daripada 3 kepada 6 kali seminggu sehala dan ke Sibu akan bertambah daripada 7 ke 11 kali seminggu sehala. Selain itu, penerbangan dari Kuching ke Sibu akan bertambah daripada 21 kepada 25 kali seminggu sehala.

AirAsia juga menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula hari ini hingga 3 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara 4 Jun dan 30 Oktober 2018. Terbang dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru dan banyak lagi daripada RM40* sehala, dan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Labuan dan lain-lain daripada RM75* sehala. Promosi ini juga boleh didapati untuk penerbangan terus dari hab Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

Selain itu, tetamu juga boleh menempah penerbangan ke destinasi antarabangsa dengan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dari Kuala Lumpur ke Medan, Singapura, Phnom Penh, Jakarta, Aceh, Padang, Pekanbaru, Hua Hin, Krabi, Bandar Ho Chi Minh, Bandung dan lain-lain dengan tambang termasuk semua daripada RM60* sehala. AirAsia X (kod penerbangan D7) juga menawarkan promosi tambang termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Maldives, Melbourne, Hangzhou, Kaohsiung, Shanghai, Seoul, Jeju dan Jaipur daripada RM169* sehala bermula hari ini hingga 3 Jun 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 dan 30 Jun 2018.

Kami juga ingin menggalakkan para tetamu untuk tiba di lapangan terbang lebih awal sekurang-kurangnya tiga (3) jam sebelum waktu berlepas bagi semua penerbangan AirAsia untuk mengelakkan kesesakan musim perayaan. Kaunter daftar masuk pula ditutup enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas untuk penerbangan antarabangsa dan empat puluh lima (45) minit sebelum waktu berlepas untuk penerbangan domestik. Namun, kaunter daftar masuk di klia2 bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik akan ditutup enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas.

Para tetamu juga dinasihatkan supaya mendaftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk daftar masuk yang boleh dibuat empat belas (14) hari sebelum tarikh penerbangan dan satu (1) jam sebelum waktu berlepas. Akan tetapi, para tetamu dengan tempahan berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu tiba lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan.

Setiap seorang tetamu hanya dibenarkan membawa SATU (1) beg kabin ke atas pesawat yang tidak melebihi saiz 56cm x 36cm x 23cm dan SATU (1) beg kecil yang tidak melebihi saiz 40cm x 30cm x 10cm. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibawa tidak harus melebihi tujuh (7) kg dan boleh dimuatkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas. Para tetamu boleh menambah peruntukan berat bagasi melalui pautan ‘Urus Tempahan Saya’ di laman airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih sehingga 4 jam sebelum waktu berlepas.

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia. Selain daripada kaunter, tetamu juga boleh menggunakan mesin daftar masuk bagasi automatik yang boleh didapati di lapangan terbang di seluruh Malaysia. Oleh kerana kesesakan dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter imigresen, tetamu dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu kami. Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Variasi Program Menerusi Kempen Suria SEGALANYA LEBIH BERMAKNA

America’s Got Talent Takes the Spotlight on AXN in All New Season