in

AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi World Electronic Sports Games di Asean

AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi World Electronic Sports Games di Asean

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam bidang e-sukan, AirAsia kini menaja acara World Electronic Sports Games (WESG) di Asean sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi. WESG merupakan kejohanan sukan elektronik antarabangsa yang dianjurkan oleh Alisports – cabang syarikat Alibaba Group.

Airasia

Kerjasama dengan Agri Mind Sdn Bhd yang termasuk penerbangan, nilai media dan hadiah wang tunai ini adalah selaras dengan komitmen syarikat penerbangan ini untuk menyokong bakat-bakat terbaik di rantau ini dan mengukuhkan usahanya dalam inisiatif digital seperti e-sukan.

Sebagai penaja utama, jenama AirAsia akan diintegrasikan dalam platform digital dan acara kejohanan WESG di Asean. Di samping itu, syarikat penerbangan itu berpeluang untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan sampingannya di acara tersebut seperti kedai dalam talian, ejen penjualan tiket dan lain-lain.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Dari segi peminat e-sukan, Asean adalah salah satu rantau yang berkembang pesat di dunia dengan 9.3 juta peminat, dan jumlah ini dijangka akan bertambah sebanyak 36.1 peratus pada setiap tahun hingga 2019*. Justeru, sebagai sebuah syarikat digital yang inovatif, kami berbesar hati untuk menjadi penaja utama dan berharap untuk menyumbang kepada arena e-sukan dengan menyokong atlet-atlet e-sukan profesional di Asean untuk bersaing di kejohanan global. Kami juga percaya penajaan ini akan meletakkan kami di barisan hadapan sebagai penyumbang kepada perkembangan e-sukan di Asean.”

Presiden Kelab AirAsia Allstars Esport Allan Phang berkata, “Kerjasama ini menunjukkan komitmen berterusan kami terhadap e-sukan. Pada bulan Januari, kami memulakan penglibatan dalam arena e-sukan sebagai penaja dan rakan kongsi penerbangan eksklusif Mineski Pro Team. Dua bulan kemudian, kami menjadi pemilik majoriti Team Saiyan, salah satu pasukan profesional peringkat tertinggi dalam arena e-sukan – dan menjenamakannya semula kepada AirAsia Saiyan. Hari ini, kami bangga kerana dapat membawa WESG ke Asean dan terus menyokong bakat e-sukan di rantau ini.”

Airasia

Pengerusi Agri Mind Sdn Bhd Calvin Lau berkata, “Agri Mind amat teruja untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama seperti Alisports dan AirAsia untuk menjadikan WESG di Asean sebagai kejohanan e-sukan utama di rantau ini. Dengan menyokong perkembangan e-sukan dari akar umbi di rantau ini, kami berhasrat untuk memupuk generasi baharu menjadi pemain bertaraf dunia yang mempunyai kemahiran, ketabahan dan beretika untuk menjadi yang terbaik.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alisports Zhang Dazhong berkata, “WESG telah menarik perhatian di seluruh dunia semenjak dua tahun lalu. Bekerjasama dengan AirAsia merupakan satu penghormatan besar bagi kami kerana mereka bukan sahaja rakan kongsi premium malah mereka juga menyokong WESG untuk musim baharu dari 2018-2019. AirAsia sentiasa menyokong sukan tradisional dan kami berbesar hati kerana kini mereka mula menyokong e-sukan bersama-sama Alisports dan WESG. Kami amat mengalu-alukan sokongan AirAsia dalam acara WESG di Asean.”

Pendaftaran dalam talian bagi acara WESG di Asean di setiap negara akan mula dibuka dari 29 Jun hingga 31 Julai 2018. Kesemua 10 negara ini akan menganjurkan pertandingan dalam talian masing-masing diikuti oleh pertandingan di peringkat kebangsaan (LAN) dari 1 Ogos hingga 30 September 2018. Pusingan Akhir Asean pula akan diadakan pada bulan November 2018 dan Pusingan Akhir Antarabangsa akan diadakan pada bulan Mac 2019. Untuk mendaftar, sila layari sea.wesg.com/registration

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Sumber: Laporan Newzoo 2015, Introduction to the South East Asian Games Market

Airasia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Announces Global Platform-Wide Drake Takeover for Scorpion Album Release

Celcom Perkenal Peranti Keselamatan Peribadi Pertama di Malaysia