airasia Super App hari ini melancarkan teknologi pengecaman wajah yang pertama di dunia, menawarkan para tetamu dan berjuta-juta pengguna airasia Super App pengalaman perjalanan digital dan tanpa sentuhan sepenuhnya dalam penerbangan AirAsia, serta meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kesejahteraan dalam semua keperluan perjalanan dan gaya hidup mereka.
Mula dilancarkan untuk perjalanan udara, FACES akan menjadikan airasia Super App sebuah platform sehenti yang mengenal pasti para pengguna dengan serta-merta melalui pengecaman wajah segera, untuk memesan dan membayar tawaran perjalanan dan gaya hidup dengan lancar dalam satu aplikasi.
Inovasi terbaru ini dilancarkan di RedSation, KL Sentral hari ini oleh Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App; Pablo Sanz Salcedo, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi airasia Super App; Javed Malik, Ketua Pegawai Operasi AirAsia Group; Mohamad Hafidz, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan airasia Super App; dan Kapten Chester Voo Chee Soon, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata: “Teknologi pengecaman wajah telah mengubah kehidupan seharian kita, sebagai contoh pada telefon mudah alih kita. Walaupun terdapat teknologi yang hampir sama oleh syarikat lain, teknologi kami benar-benar pertama di dunia kerana ia dapat dimanfaatkan lebih daripada sekadar perjalanan udara.
“Sebagai syarikat penerbangan pertama yang memperkenalkan teknologi pengecaman wajah untuk platform perjalanan dan gaya hidup digital kami, inovasi ini adalah usaha berterusan kami yang bukan sahaja melancarkan pengalaman penerbangan dalam dunia baharu, malah menawarkan lebih kemudahan bagi keperluan gaya hidup seharian para pengguna.
“Kami telah menggantikan kad akses para kakitangan dengan teknologi FACES untuk mengakses kemudahan di seluruh syarikat AirAsia. Kini dengan hanya imbasan wajah, para tetamu boleh memesan, menempah, mengesahkan dan membayar semua produk dan perkhidmatan di airasia Super App.
“FACES adalah inovasi teknologi tanpa sentuhan baharu yang dibangunkan bersama-sama rakan teknologi kami Vision-Box sebagai sebahagian daripada prosedur mitigasi Covid-19 kami yang ketat, sebagai persediaan penyambungan semula perjalanan domestik dan antarabangsa dalam masa terdekat. Para tetamu yang terbang bersama kami kini boleh mendaftar masuk dalam talian di mana-mana, bila-bila masa dengan hanya menekan satu butang setelah mendaftar dengan FACES. Usaha ini juga adalah untuk memulihkan keyakinan bagi perjalanan udara melalui teknologi dan langkah keselamatan yang dipertingkatkan. Pelbagai laporan juga telah menunjukkan bahawa para tetamu berasa lebih selamat apabila menggunakan proses tanpa sentuhan di lapangan terbang.
“FACES akan dilaksanakan di semua lapangan terbang Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang dan keutamaan kami seterusnya ialah Thailand, Indonesia, Filipina dan semua pasaran utama lain yang kami beroperasi.”
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata: “Inovasi digital dan menawarkan perkhidmatan kepada semua adalah sebahagian besar dalam DNA kami.
“Pelancaran FACES pada airasia Super App hari ini kami merupakan revolusi bersepadu untuk penyelesaian pembayaran terkemuka dalam industri sejajar dengan tawaran nilai hebat dalam perjalanan, gaya hidup dan teknologi kewangan kami.
“Sistem ini akan menjadikan semua tawaran yang tersedia di airasia Super App, termasuk penerbangan, hotel, tempahan makanan, penghantaran, e-panggilan dan banyak lagi, lebih lancar dan mudah dengan hanya imbasan wajah.
“Ia juga memudahkan perjalanan di lapangan terbang dengan pengecaman wajah yang pantas bagi proses daftar masuk, pada bila-bila masa dan di mana-mana serta menyelaraskan perkhidmatan penghantaran melalui pengesahan masa nyata dan penghantaran tanpa sentuhan.
“Pada masa hadapan, visi kami adalah untuk menawarkan teknologi FACES kepada para tetamu untuk mendaftar masuk di hotel-hotel yang bekerjasama dengan AirAsia.
“Pasukan kami sedang berusaha untuk mengintegrasikan teknologi pengecaman wajah ini untuk mengakses keseluruhan teknologi kewangan kami dan ciri-ciri baharu di airasia Super App.
“Teknologi pengecaman wajah ini juga membolehkan kami memudahkan berjuta-juta pengguna untuk mengakses produk dan perkhidmatan dengan mudah dan selamat, serta membantu usaha kami untuk menambah baik perkhidmatan dan pengalaman pengguna. Semua pengguna airasia Super App di seluruh rantau ini boleh mendaftar untuk FACES dengan mudah pada aplikasi ini dan tidak lama lagi mereka dapat menggunakan ciri ini di seluruh perjalanan dan tawaran gaya hidup dalam ekosistem kami yang terus berkembang.”