AirAsia akan memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sihanoukville dengan kekerapan 4 kali seminggu
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia akan melancarkan penerbangan terus ke Sihanoukville, Kemboja dengan kekerapan sebanyak 4 kali penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur, yang akan mula beroperasi pada 9 Ogos 2017.
Dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia dengan kod penerbangan AK, destinasi baru ini merupakan laluan ketiga AirAsia ke Kemboja. Destinasi yang terkenal dengan kawasan pantainya yang indah ini menawarkan pengalaman yang mengujakan untuk semua tetamu.
Bagi meraikan laluan baharu itu, para tetamu boleh menempah promosi tambang termasuk semua dari RM89* sehala mulai 17 May 2017 hingga 21 May 2017 untuk tempoh perjalanan dari 9 Ogos 2017 hingga 5 Jun 2018. Layari laman sesawang airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone atau peranti Android untuk promosi tambang khas ini.
Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia berkata, “Sihanoukville merupakan destinasi menarik dengan pelbagai tarikan dan juga sebuah destinasi yang masih belum diterokai oleh orang ramai. Sebagai syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia untuk memperkenalkan laluan unik ini, kami ingin terus memperluaskan pasaran dengan memperkenalkan pelbagai destinasi menarik diseluruh Asean kepada dunia seperti bandar di Kemboja ini.
“Pasaran kami di Kemboja setakat ini mungkin tidak akan berjalan lancar tanpa bantuan dari pihak tempatan dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa lapangan terbang Kemboja untuk sokongan padu mereka. Dengan sokongan ini, kami berharap untuk mempromosi destinasi ini dan pada masa yang sama mengubungkan rakyat Sihanoukville ke seluruh Asean dan juga ke seluruh rangkaian kami. Kami berhasrat untuk membangunkan Sihanoukville agar menjadi tumpuan pelancong sepertimana AirAsia telah memperkenalkan penerbangan ke Luang Prabang, Banda Aceh dan Bhubaneswar dan kami percaya pengenalan laluan baharu ini merupakan langkah pertama untuk menambahkan lagi pilihan buat pelancong-pelancong yang ingin pergi ke destinasi tepian pantai seperti ini.â€
AirAsia juga menghubungkan Kuala Lumpur terus ke ibu kota Phnom Penh dengan kekerapan 14 kali penerbangan seminggu, dan juga penerbangan ke Siem Reap dengan kekerapan 14 kali seminggu setakat 18 Mei 2017.
Terletak di selatan-barat Kemboja di Teluk Thailand, Sihanoukville adalah bandar keempat terbesar di negara itu, diberi nama bersempena raja terdahulu, Norodom Sihanouk sebagai tanda penghormatan. Tempat tersebut adalah salah satu bandar yang harus dilawati di Kemboja kerana keindahan alam semula jadinya.
Pelancong boleh memilih untuk berjemur di bawah matahari dan bermandi manda di pulau tropika yang terpelihara di Koh Rong Samloem dengan keindahan pantai berpasir, gunung hutan, paya bakau dan hidupan marin. Manakala pantai yang paling popular di Sihanoukville, Pantai Ochheuteal, menawarkan aktiviti lewat malam seperti restoran dan bar.
Pelancong boleh menikmati keindahan alam semula jadi Kbal Chhay Waterfalls, yang merupakan tempat yang sesuai untuk merasai pengalaman hutan tropika Kemboja, atau taman negara pertama, Taman Negara Ream, yang menawarkan pengalaman yang unik untuk menyaksikan mamalia dan alam semula jadi dan budaya menarik sama ada menaiki bot atau berjalan kaki. Pelancong juga perlu singgah di monumen Golden Lion yang merupakan tarikan utama bandar tersebut, dan juga menjadi tempat berkumpul pada waktu malam bagi penduduk tempatan.
Makanan laut yang segar merupakan keistimewaan Sihanoukville, antaranya sotong panggang yang terkenal,yang juga boleh didapati di bandar kecil di tepi laut di situ. Selain itu, hidangan tempatan yang perlu dicuba adalah amok trey iaitu ikan bersalut pes aromatik Kemboja dan santan pekat dibungkus dalam daun pisang.
Dapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti, berita, dan promosi melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).
* Promosi tambang termasuk semua tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur (KUL) – Sihanoukville, Cambodia (KOS)
No Penerbangan |
Dari |
Ke |
Berlepas |
Ketibaan |
Jadual Penerbangan |
||||||||||||||
AK264 |
KUL |
KOS |
1215 |
1300 |
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad |
||||||||||||||
AK265 |
KOS |
KUL |
1340 |
1630 |
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad |