AirAsia hari ini menganjurkan Pesta Hidangan Santan, acara “food tasting” hidangan dalam penerbangan terbesar di Asia, yang menampilkan hidangan dari seluruh rantau ini.
Acara ini mempamerkan hidangan panas dari Santan yang lazat dari seluruh rangkaian AirAsia, termasuk hidangan terbaru, kari hijau Thai yang merupakan kari ayam yang dimasak mengunakan bahan-bahan dan rempah ratus asli Thai, dihidangkan dengan nasi putih gebu wangi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata,
“Makanan adalah faktor penyatuan besar di seluruh rantau ini. Dengan Santan, apa kami lakukan ialah membawa citarasa Asean yang enak untuk mewujudkan satu pengalaman makanan unik, dengan visi mereplikasi hidangan gourmet dalam penerbangan. Profil rasa dan harga makanan dalam penerbangan sentiasa merupakan satu cabaran tetapi kami percaya dengan Santan, kami boleh mencipta jenama restoran pertama di udara yang lazat dengan harga berpatutan.”
“Sejajar dengan usaha pendigitalan kami, kami akan menggunakan data daripada 400 juta tetamu yang telah terbang bersama AirAsia untuk mencipta produk mudah dalam penerbangan yang lebih baik dan inovatif, termasuk Santan. Kami akan melaksanakan sistem jualan elektronik (ePos) tidak lama lagi di mana proses membuat pesanan dan pembayaran akan semudah di restoran dan ini juga membolehkan kami untuk lebih memahami apa yang tetamu kami inginkan. Kami juga ingin memulakan penggunaan pembungkusan hijau dan troli kopi dalam penerbangan untuk membolehkan kami menyediakan kopi premium segar di dalam penerbangan, dan kami akan terus bekerjasama dengan perusahaan dan petani tempatan Asean dalam membangunkan produk F&B”.
Pesta Hidangan Santan telah dihadiri oleh lebih daripada 200 orang media dari 16 buah negara – Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Cambodia, Laos, Myanmar, Singapura, Brunei, China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan India.
Para tetamu yang hadir telah mengambil bahagian dalam sesi Santan “food tasting” dan aktiviti interaktif, termasuk demo memasak kari hijau Thai dengan hidangan nasi oleh Pengurus Serantau F&B dalam penerbangan Kumpulan AirAsia Chef Calvin Soo, persembahan oleh krew kabin AirAsia X, Assraf Nasir dan banyak lagi.
Menu Santan AirAsia yang telah memenangi pelbagai anugerah menawarkan pelbagai hidangan dalam penerbangan untuk tetamu membuat pilihan sama ada di dalam penerbangan atau melalui talian pra- tempahan. Ini termasuk makanan panas, hidangan kanak-kanak, snek-snek enak, pilihan makanan sihat seperti balutan (wraps), sandwic dan pilihan pencuci mulut untuk memenuhi citarasa tetamu di seluruh rangkaian laluan luas AirAsia.
Tetamu digalakkan untuk pra-tempah makanan mereka untuk menikmati lebih penjimatan dengan Santan Combo Meal dan pilihan hidangan makanan lebih luas. Para tetamu yang membuat tempahan awal akan dihidangkan dahulu dan akan menikmati keutamaan perkhidmatan makanan di dalam penerbangan.
AirAsia memenangi gelaran Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terkemuka Dunia di World Travel Awards pada Disember 2016, dan juga dinobatkan dengan Anugerah Tahunan Inovasi Katering oleh Onboard Hospitality awal tahun lepas.
Ikuti perjalanan AirAsia Santan melalui hashtag #AirAsiaSantan dan #SantanFoodFest atau berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).