in , ,

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Sulung Tanpa Kuarantin Hari Ini Ke Bangkok

Sempena sambutan penyambungan semula penerbangan ke Phuket dari Kuala Lumpur pada minggu lepas, AirAsia mengumumkan satu lagi berita baik dengan menyambung semula penerbangan sulung ke Bangkok pada hari ini dengan pelbagai promosi dan tawaran menarik menanti para tetamu yang terbang ke Thailand.

Penerbangan sulung menggunakan pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 10.50 pagi hari ini dengan muatan penumpang sebanyak 65%. Para tetamu dalam penerbangan AK0882 yang merupakan penerbangan pertama daripada dua jadual penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Bangkok, telah dihantar oleh Mai Yin Tan, Ketua Komersial Serantau airasia. 

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia berkata, “Pertama sekali, AirAsia ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Thailand kerana membenarkan pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya dari Malaysia ke Thailand. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penerbangan ke Phuket dan Bangkok, kami berbesar hati untuk menambah lebih banyak penerbangan ke Thailand tidak lama lagi. Berikutan sekatan perjalanan telah dilonggarkan, para tetamu AirAsia juga sentiasa dijamin dengan protokol kesihatan dan keselamatan ketat yang dikuatkuasakan dalam semua penerbangan kami dengan kru kabin terlatih yang terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia dalam masa pandemik ini. Kami telah sabar menunggu dan bersedia sepenuhnya untuk memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang.”  

airasia

Pengunjung yang telah divaksin sepenuhnya dari Malaysia dan ingin bercuti ke Thailand perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand sebelum menempah tiket penerbangan mereka dan sebelum ketibaan.

Para tetamu boleh menempah penerbangan ke Bangkok daripad RM199 dan Phuket daripada hanya RM50 sehala untuk tempoh perjalanan antara 5 November 2021 dan 30 Mac 2022 melalui ikon ‘Flights’ di airasia Super App. Selain itu, para tetamu juga boleh mendapatkan tawaran pakej penerbangan dan penginapan melalui ikon ‘SNAP’ di airasia Super App bermula hanya RM239 untuk perjalanan dalam tempoh yang sama. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menempah hotel yang disenaraikan di bawah SHA Plus dan menikmati diskaun 10% dengan kod promosi AAHOTEL10.  

AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 18 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan bakal melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi – menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital tanpa kertas untuk meminimumkan sentuhan antara para tetamu dan kakitangannya.

Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 18 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan AirAsia dan SOP perjalanan, sila baca nasihat perjalanan terkini di sini

Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Yang Paling Susah Jadi Bapa Tunggal Ialah Emosi” – Shuib Periksa Kesihatan Mental

Robert Downey Jr. & Matt Damon Sertai Filem OPPENHEIMER Arahan Christopher Nolan