Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.
Pertandingan serantau tahun ini memberi peluang kepada pereka muda dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia; mewujudkan platform serantau untuk mengangkat bakat belia dalam industri fesyen
Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.
Hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang AirAsia’s Most Promising Designer 2016
Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Terdapat begitu banyak bakat baru di rantau ini, dan sebagai syarikat penerbangan yang berlandaskan Asean, kami ingin meluaskan pencarian pereka fesyen muda ini ke negara-negara Asean lain selain Malaysia. Adalah harapan kami untuk menyediakan satu platform bagi pereka-pereka muda fesyen seluruh Asean untuk membangunkan dan melonjakkan kerjaya mereka dalam industri fesyen. Pencarian pereka fesyen serantau ini akan menyatukan pereka fesyen muda dan industri di rantau ini buat pertama kalinya pada skala ini. Kami teruja untuk melihat bakat-bakat baru tahun ini dan AirAsia amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.â€
Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear berkata, “Adalah satu penghormatan bagi kami untuk berkongsi platform ini bersama AirAsia untuk memupuk bakat-bakat baru dan memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk mempamerkan koleksi dan kreativiti mereka di sebuah landasan peragaan profesional. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia untuk kali kedua, berikutan kejayaan pencarian pereka fesyen Malaysia pada tahun lepas; dan membawa pertandingan tahun ini ke tahap yang lebih tinggi.â€
Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal dan Suzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.
Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.
Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.
Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.
AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016Â dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016.
Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.
Jadual Ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016
Tarikh | Lokasi |
16 April 2016 | Jakarta, Indonesia |
23 April 2016 | Manila, Philippines |
30 April 2016 | Kuala Lumpur, Malaysia |
07 May 2016 | Singapore |
14 May 2016 | Bangkok, Thailand |