in

AirAsia Realisasikan Impian Pelajar Orang Asli untuk Terbang

AirAsia hari ini merealisasikan impian empat pelajar muda dari Sekolah Kebangsaan Satak untuk terbang buat pertama kali ke Langkawi melalui penerbangan AirAsia Berhad.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha AirAsia untuk memperkasa bakat-bakat muda di seluruh negara dengan menawarkan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam industri penerbangan bersama syarikat penerbangan itu. Seramai 37 pelajar dari sekolah itu yang terdiri daripada komuniti Orang Asli dari Raub, Pahang berpeluang melawat pusat latihan CAE di mana mereka dapat melihat sendiri bagaimana prosedur kecemasan dalam pesawat, latihan keselamatan kru kabin, simulator pesawat dan banyak lagi.

AirAsia Realisasikan Impian Pelajar Orang Asli untuk Terbang

Para pelajar tersebut juga berpeluang untuk melawat ibu pejabat AirAsia RedQ di Sepang serta Kidzania di Mutiara Damansara untuk sesi pembelajaran interaktif dan menginap di Tune Hotels.

Ini merupakan lawatan kali kedua yang melibatkan para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Satak dan syarikat penerbangan itu telah membabitkan lebih 5,000 pelajar dari seluruh Malaysia sejak inisiatif itu dimulakan untuk mempelajari tentang industri penerbangan melalui pengalaman AirAsia.

AirAsia Realisasikan Impian Pelajar Orang Asli untuk Terbang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Paling Sukses di India NAAGIN di TV3

Mawar Rashid Selamat Diijabkabul Pilih Raf Yaakob Sebagai Suami