Jualan terbesar untuk tawaran perjalanan dan gaya hidup di rantau ini berlangsung dari 1 Disember 2021 jam 10 pagi hingga 20 Disember 2021 dengan diskaun sehingga 80% untuk semua produk di airasia Super App.
Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “AirAsia adalah satu jenama yang dekat hati rakyat ASEAN. Selama 20 tahun yang lalu, AirAsia sinonim dengan nilai hebat serta sebuah syarikat yang mendemokrasikan perjalanan udara dengan tambang rendah dan perkhidmatan terbaik. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami bukan sahaja menawarkan lebih nilai malah lebih pilihan kepada pengguna Super App melalui perkhidmatan penghantaran dan sehingga 20 perniagaan digital dan gaya hidup lain, menjadikan airasia sebagai gaya hidup para pengguna.
“Ini mungkin sambutan ulang tahun kami, tetapi kami ingin menghadiahkan pelbagai tawaran perjalanan dan gaya hidup sebagai penghargaan kepada lebih daripada 600 juta tetamu dan pengguna Super App, yang telah bersama-sama kami selama dua dekat ini.
“Pada tahun lepas, kami bukan sahaja telah menjadikan airasia Super App sebagai salah sebuah platform Ejen Pelancongan Dalam Talian (OTA) teratas di rantau ini, kami juga telah melihat bagaimana AirAsia telah berjaya mengubah menjadi sebuah syarikat gaya hidup yang dipacu oleh data dan teknologi serta dinobatkan dengan status unikorn dalam masa yang pantas. Tawaran sempena ulang tahun ke-20 ini adalah istimewa buat semua tetamu dan pengguna kami atas sokongan padu mereka.”
Para tetamu boleh menempah penerbangan ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Alor Setar, Terengganu dan banyak lagi dengan hanya RM1 bermula sekarang hingga 5 Disember 2021 untuk tempoh perjalanan antara 3 Januari 2021 dan 30 September 2022 dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App.
Selain itu, para tetamu juga boleh menikmati tawaran SNAP (pakej penerbangan dan hotel) ke Pulau Pinang dan Kuching daripada hanya RM79 dari 6 Disember hingga 8 Disember 2021 untuk tempoh perjalanan antara 3 Januari 2021 dan 30 September 2022 dengan menekan ikon ‘SNAP’ di airasia Super App.
airasia travelmall, portal bebas cukai dalam talian yang menawarkan diskaun sehingga 50% dengan perkhidmatan penghantaran percuma untuk semua barangan bebas cukai ke mana-mana hotel dan destinasi di Langkawi sepanjang tempoh promosi ini. Dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021, para pelanggan juga dapat menikmati diskaun sehingga 60% untuk semua barangan dengan menekan ikon ‘Travelmall’.
Nikmati diskaun 20% untuk semua tempahan hotel dari 1 Disember hingga 20 Disember 2021 dengan kod promosi HAPPY20 melalui ikon ‘Hotel’.
Para tetamu turut boleh menempah penerbangan untuk semua syarikat penerbangan lain dengan diskaun 20% melalui ikon ‘Flights’ dari 1 Disember hingga 5 Disember 2021. Pengguna BigPay pula dapat menikmati diskaun sehingga 22% dari 3 Disember hingga 9 Disember 2021 apabila membuat pembayaran dengan kad BigPay.
Dapatkan rawatan muka dan laser khas oleh Pure Touch Clinic dengan hanya RM200 pada 13 Disember 2021 dengan menekan ikon ‘Health’.
Pengguna airasia food juga boleh mendapat diskaun RM20 pada 16 Disember hingga 20 Disember 2021 dengan kod promosi AAF20MY, dan menikmati pelbagai hidangan dengan harga terendah pada setiap hari melalui ikon ‘Food’ di airasia Super App. Dalam tempoh yang sama, pengguna airasia grocer boeh menikmati diskaun sehingga 80% untuk semua barangan yang ditawarkan.
Pada 14 Disember 2021, nikmati diskaun 20% untuk membeli dua barang terpilih melalui ikon ‘Ikhlas’. Pengguna airasia money pula boleh menikmati diskaun RM3 untuk perjalanan harian mereka dengan airasia ride apabila mereka membayar bil utiliti mereka melalui ikon ‘Money’.
Dari segi perkhidmatan penghantaran, airasia ride akan menawarkan Perjalanan Percuma dari 16 Disember hingga 20 Disember 2021 melalui ikon ‘Ride’ dengan kod promosi FREERIDE yang dihadkan pada RM10. Dalam tempoh yang sama, 100 tempahan pertama airasia xpress akan menikmati Penghantaran Percuma yang dihadkan di bawah RM10 untuk penghantaran segera.
Pengguna airasia Super App juga boleh mengumpul 2 kali ganda BIG Poin sepanjang tempoh promosi ini dan menggunakan BIG Poin untuk membuat bayaran pembelian mereka. Pengguna BigPay pula dapat melakukan pembayaran segera melalui perkhidmatan ‘One-Click’ dengan mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.
Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.