Penerbangan sulung menggunakan pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 11.15 pagi hari ini dengan kod AK0824. Ia merupakan penerbangan sulung daripada dua jadual penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Hari ini menandakan permulaan penyambungan semula permintaan perjalanan udara. Kami telah sabar menunggu dan bersedia sepenuhnya untuk memastikan para tetamu dapat menikmati pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan tenang. Dengan sekatan perjalanan telah dilonggarkan, para tetamu AirAsia juga sentiasa dijamin dengan protokol kesihatan dan keselamatan ketat yang dikuatkuasakan dalam semua penerbangan kami dengan kru kabin terlatih yang terus memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia dalam masa pandemik ini.â€
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan Thailand dalam inisiatif program Phuket Sandbox dan kami teruja untuk menambah lebih banyak penerbangan ke pelbagai destinasi di Thailand pada masa akan datang.â€
Rakyat Malaysia yang telah divaksin sepenuhnya dan ingin bercuti melalui Program Phuket Sandbox perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Thailand dan telah menerima Sijil Kemasukan yang boleh dimohon di Sistem Pendaftaran Sijil Kemasukan ke Thailand sebelum menempah tiket penerbangan mereka.
Para tetamu boleh menempah penerbangan ke Phuket daripada hanya RM50 sehala untuk tempoh perjalanan antara 5 November 2021 dan 30 Mac 2022 melalui ikon ‘Flights’ di airasia Super App. Selain itu, para tetamu juga boleh mendapatkan tawaran pakej penerbangan dan penginapan melalui ikon ‘SNAP’ di airasia Super App bermula hanya RM239 untuk perjalanan dalam tempoh yang sama. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menempah hotel yang disenaraikan di bawah SHA Plus dan menikmati diskaun 10% dengan kod promosi AAHOTEL10.
AirAsia telah memanfaatkan tempoh sekatan perjalanan selama 18 bulan yang lalu untuk menaik taraf dan memperbaharui prosedur penerbangannya demi keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangannya. AirAsia hanya akan menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya, dan memastikan semua penerbangan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal. Selain itu, AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App dan bakal melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi – menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital tanpa kertas untuk meminimumkan sentuhan antara para tetamu dan kakitangannya.
Walaupun AirAsia hanya menyediakan perkhidmatan terhad selama 18 bulan yang lalu, semua pesawat AirAsia diselenggara sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengeluar pesawat. AirAsia juga telah menubuhkan unit penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) dalaman iaitu Asia Digital Engineering yang mampu menyelenggara bukan sahaja pesawat AirAsia tetapi juga pesawat dari syarikat penerbangan lain. Selain itu, semua juruterbang dan kru kabinnya juga diberikan latihan dan kursus penyegaran agar mereka sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik.
Untuk maklumat lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan AirAsia dan SOP perjalanan, sila baca nasihat perjalanan terkini di sini.
Untuk maklumat dan promosi terkini, ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook.