in

​​​AirAsia Rai Ketibaan Penerbangan Pertama dari Pontianak ke Kuching

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia hari ini meraikan ketibaan penerbangan pertamanya dari Pontianak, Indonesia ke Kuching. Laluan baharu Kuching-Pontianak ini akan beroperasi dengan kekerapan 7 kali seminggu.

Penerbangan sulung ini tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada jam 1.50 tengah hari dan disambut oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan; YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan; YBhg Datu Ik Pahon Anak Joyik, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan Sarawak; Yang Berhormat Bapak Muhammad Abdullah, Naib Chief de Mission, ​ Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching; Datuk Haji Abdul Wahab Bin Aziz, Pengerusi, Lembaga Pelancongan Sarawak; dan Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

​​​AirAsia

Harga promosi tambang termasuk semua bermula dari RM89* sehala

Para tetamu yang turut serta dalam penerbangan pertama ini termasuklah Bayuh Iswantoro, Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio Pontianak dan sekumpulan media dari Indonesia.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk meraikan dan menyambut penerbangan sulung kami dari Pontianak ke Kuching. Kami yakin bahawa ketibaan para pelancong dari Indonesia ke Sarawak akan terus bertambah melalui pembukaan laluan ini, selari dengan usaha negeri Sarawak untuk menarik lima juta pelancong pada tahun ini. Dalam pada itu, para penduduk Sarawak pula boleh menikmati keindahan ‘Kota Khatulistiwa’ tersebut dengan penerbangan terus dan tambang rendah.”

“Laluan baharu dari Kuching ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan komitmen kami untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka dan hab serantau bagi para pelancong yang melawat Borneo. Kami percaya negeri ini berpotensi untuk berkembang lebih maju, justeru kami kini meninjau laluan hubungan terus dari negara-negara ASEAN, China, Indochina, Asia Utara, Australia dan banyak lagi,” tambah beliau.

Bagi meraikan laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari serendah RM89* sehala di airasia.com mulai sekarang hingga 18 Jun 2017 untuk perjalanan dari 5 Jun 2017 hingga 14 Januari 2018. Harga promosi tersebut juga boleh didapati dengan menempah penerbangan melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android, serta di laman mudah alih mobile.airasia.com.

Sebagai ibu kota Kalimantan Barat, Indonesia, Pontianak juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa (Equator City) kerana ia merupakan satu-satunya bandar di dunia yang terletak pada titik garisan Khatulistiwa, membahagikan hemisfera utara dan selatan. Ia juga merupakan sebuah kota di mana terletaknya Tugu Khatulistiwa yang terkenal dan menyaksikan waktu tanpa bayang-bayang dua kali setahun.

Pontianak juga terkenal dengan restoran terapung di sepanjang 1,143 kilometer Sungai Kapuas, sungai terpenting di kawasan itu. Selain itu, penduduk majmuk menjadikan bandar itu sebuah destinasi makanan di mana para pelancong boleh mencuba minuman istimewa Pontianak; campuran aloe vera dan sirap, makanan jalanan yang enak, dan menikmati makanan laut segar di Pondok Makanan Laut terkenal “Abang Kepiting”, di mana pengunjung boleh memilih pelbagai jenis makanan laut untuk dimasak dalam pelbagai cara.

AirAsia kini terbang ke sepuluh destinasi dari Kuching dengan sejumlah 468 penerbangan mingguan dua hala. Destinasi tersebut adalah Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura dan Pontianak.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual penerbangan untuk Kuching (KCH) – Pontianak, Indonesia (PNK)

No Penerbangan Dari Ke Berlepas Ketibaan Jadual Penerbangan
AK 1028 KCH PNK 1155 1145 Setiap hari
AK 1029 PNK KCH 1210 1350 Setiap hari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The 13th Annual Roasters Chicken Run Is Back!

Kelainan Cita Rasa Enak Dengan Selera Asia