AirAsia dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia & Dunia bagi tahun ke-7 berturut-turut. AirAsia telah dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia bagi tahun ke tujuh berturut-turut di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax yang telah dianjurkan bersempena dengan Paris Air Show bertempat di Le Bourget.
Skytrax adalah penanda aras antarabangsa bagi kecemerlangan dalam industri penerbangan dan adalah salah satu daripada pengiktirafan yang paling berprestij dalam industri penerbangan dengan 19 juta kaji selidik oleh para pelanggan dari seluruh dunia meliputi lebih daripada 160 warganegara, mengukur standard 41 petunjuk prestasi utama produk dan servis yang ditawarkan syarikat penerbangan.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia hadir bagi menerima anugerah di Paris Air Show 2015 bersama dengan Ketua-ketua pegawai eksekutif dari Kumpulan AirAsia.
Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami menghadapi pelbagai cabaran tahun lepas tetapi saya berbangga dengan kakitangan kami yang telah bersama-sama untuk para tetamu kami dan kami telah mejadi lebih kuat dari sebelum ini. pengiktirafan Terbaik Dunia bagi tahun ke-tujuh berturut-turut adalah satu penghormatan yang sangat hebat, dan saya dedikasikan ini kepada 17,000 AirAsia Allstars yang merupakan kekuatan disebalik semua ini.”
“Kami juga ingin berterima kasih kepada para tetamu kami dan pihak-pihak yang berkepentingan atas kepercayaan berterusan kepada kami. Kami berjanji akan terus berinovasi supaya kami dapat memberikan para tetamu kami bukan sahaja dengan pengalaman perjalanan terbaik tetapi lebih mudah menerusi teknologi,” tambah Tony Fernandes.
Juga memberikan komen atas pengiktirafan oleh Skytrax kepada Syarikat Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Pengiktirafan sebagai Terbaik di Asia dan di Dunia mempertingkat usaha yang diambil Kumpulan ini dalam memperkuat servis dan jaringan hubungan kami.
Kumpulan Syarikat Penerbangan AirAsia merangkumi penerbangan jarak dekat termasuk AirAsia Berhad (kod penerbangan AK), Indonesia AirAsia (kod penerbangan QZ), Thai AirAsia (kod penerbangan FD), Filipina AirAsia (kod penerbangan PQ & Z2) dan AirAsia India (kod penerbangan I5).
Sejak penubuhannya, Kumpulan AirAsia telah menjadi peneraju pasaran dan pencetus inovasi dalam pelancongan dan teknologi, menawarkan bukan sahaja penerbangan tetapi pengalaman perjalanan menyeluruh dengan pengenalan aplikasi mudah alih, panduan perjalanan interaktif, perkhidmatan layan diri menyeluruh, WiFi dalam penerbangan, kopi premium menerusi Barista-In-The-Sky dan banyak lagi perkhidmatan yang tersedia akan datang, seperti laman membeli-belah bebas cukai sebelum waktu pelepasan penerbangan.
Kesemua syarikat penerbangan dalam kumpulan AirAsia beroperasi dengan antara pesawat yang paling muda di dunia Airbus A320, purata umur hanya 3 tahun bagi seluruh kumpulan; dengan pesanan kukuh sebanyak 475 buah pesawat Airbus A320 dan penghantaran sehingga tahun 2028.
Selain dari pesawat moden, AirAsia juga menawarkan produk mesra pengguna dan servis yang melengkapi tambang rendah harian, jaringan penerbangan meluas, termasuk 60 laluan unik di rantau Asean dan kekerapan penerbangan yang tidak dapat ditandingi; termasuk tempahan dan pembayaran yang mudah; dan servis tambah nilai seperti Fly-Thru, Premium Flex dan banyak lagi.