in ,

AirAsia Perkenal Hidangan Dalam Penerbangan (RED)

AirAsia dan Santan telah bekerjasama dengan (RED) untuk menghasilkan hidangan istimewa, Burger INSPI(RED) yang boleh didapati di dalam semua penerbangan, dalam usaha menyokong perjuangan menamatkan AIDS.

Direka oleh Duta Cef (RED) yang berpangkalan di New York Hong Thaimee, burger berkenaan bakal membawa anda menikmati keenakan cita rasa Utara Thailand dalam menyampaikan pengalaman Timur-bertemu-Barat. Ia mengandungi patti ayam empuk dimasak sempurna bersama sos ikan, daun limau purut serta serai, dilengkapi dengan mayones cili hijau ‘Nam Prik Noom Mayo’, kubis ungu dan hirisan tomato, diapit dengan ban brioche dengan rasa ubi bit.

AirAsia

Bagi setiap pembelian Burger INSPI(RED), 10% daripada jualan akan disumbangkan terus kepada Dana Global bagi menyokong ujian, kaunseling, rawatan dan program pencegahan HIV/AIDS di rantau Asean.

“Sebagai cef berasal dari Thai yang berpangkalan di New York, saya ingin menggabungkan keunikan kedua-dua cita rasa timur dan barat – perisa Thai dan burger klasik Amerika – mewujudkan sebuah hidangan yang mudah dinikmati oleh tetamu penerbangan.

Sejak saya memulakan langkah dalam bidang kulinari, misi dan matlamat saya adalah untuk membawa citarasa Thailand kepada khalayak ramai, dan saya teruja kerana dapat memperkenalkan cita rasa istimewa kampung halaman Chiang Mai saya kepada 8 juta tetamu yang terbang bersama AirAsia setiap bulan.”

Duta Cef (RED) Hong Thaimee

“Sebagai sokongan terhadap kempen NIKMATI (RED), SELAMATKAN NYAWA, kami berbangga melihat AirAsia bekerjasama dengan Chef Hong Thaimee untuk membawa (RED) ke udara dengan Burger INSPI(RED).

Ia bukan sekadar hidangan lazat untuk penumpang; malah mewujudkan kesedaran dalam perjuangan AIDS dan membantu meningkatkan dana kritikal untuk membiayai program HIV/AIDS di Asean.”

Ketua Pegawai Operasi (RED) Jennifer Lotito

“Kami sangat teruja memperkenalkan hidangan Santan terbaharu kami, Burger INSPI(RED), ciptaan cef selebriti dan Duta (RED) Hong Thaimee untuk tetamu kami. Walaupun lewat memulakan kerjaya masakannya, Cef Hong bekerja keras dan mempunyai azam untuk menempa nama untuk dirinya sendiri, sama seperti AirAsia.

Dengan mempunyai pemikiran ‘Dare to Dream’ dan warisan yang bersama, berkerjasama dengan Cef Hong ini adalah seperti gabungan dua personaliti Asean yang saling menyokong antara satu sama lain di rantau ini.”

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw

Para tetamu digalakkan untuk membuat pra-tempahan Burger INSPI(RED) yang didatangkan dengan minuman percuma pada harga promosi hanya RM10 di semua penerbangan AirAsia ke semua destinasi.*

Pra-tempahan hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan Saya’ di airasia.com untuk menikmati lebih penjimatan, pelbagai pilihan hidangan, dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

AirAsia juga telah mewujudkan barangan edisi khas jenama bersama (AirAsia)RED dalam menyebarkan mesej (RED), termasuk topi ikonik AirAsia, model pesawat untuk penggemar hobi dan lain-lain, dengan AS$2.00 daripada setiap penjualan barangan akan disumbangkan kepada Dana Global.

*Pra-tempahan Burger (INSPI)RED tersedia untuk semua kod penerbangan kecuali penerbangan AirAsia India (kod penerbangan I5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ). Harga tertakluk kepada nilai pertukaran mata wang asing harian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi ‘YANG MANO’

Tulus Kini Sibuk Promosi Konsert Sewindu Tour di Kuala Lumpur