Penerbangan sulung AK6230 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 7:05 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada jam 7:55 pagi.
Kuantan adalah destinasi AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) ke-17 selain Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Ipoh, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Labuan.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).