Semua operasi penerbangan AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu akan mula beroperasi dari Terminal 1 mulai 1 Disember 2015.
AirAsia mengendalikan 504 penerbangan seminggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan kesemua jadual penerbangan yang sedia ada bagi penerbangan domestik dan antarabangsa kekal sama.
Kesemua tetamu AirAsia yang berlepas atau mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu telah dimaklumkan mengenai pemindahan dari Terminal 2 ke Terminal 1, yang terletak 4km diantara satu sama lain.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada para tetamu disepanjang proses pemindahan terminal ini.
Terus ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)