in

AirAsia Menang Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia

Tahniah! AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia pada tahun ini, buat kali kedua.

Syarikat penerbangan tersebut dipilih sebagai yang terbaik dalam kategorinya oleh pembaca Travel Weekly Asia, yang terdiri daripada para profesional dalam industri pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan mewakili AirAsia untuk menerima anugerah tersebut pada majlis yang diadakan di Mandarin Orchard Singapura semalam.

Untitled

“Kami amat berbangga untuk menerima anugerah ini, yang bukan hanya ditentukan oleh panel pengadil tetapi juga oleh rakan-rakan kami di dalam industri pelancongan. Ini adalah bukti usaha kami untuk menawarkan produk yang memberi tumpuan kepada para tetamu, serta meneruskan misi kami untuk memberikan tambang berpatutan untuk semua,” kata Dendy Kurniawan.

AirAsia telah merangkul beberapa anugerah pada tahun ini, yang mengiktiraf pelbagai pencapaian daripada transformasi digital kepada pengalaman pelanggan, dan meraih salah satu anugerah terbesar di dalam industri penerbangan pada bulan Julai iaitu Anugerah Skytrax untuk Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk tahun ke-10 berturut-turut.

Ini adalah Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly keempat yang diadakan di Asia yang diadaptasi daripada anugerah di Amerika Syarikat yang telah berlangsung selama satu dekad. Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia akan disampaikan pada setiap tahun kepada peneraju industri sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan perkhidmatan dan produk mereka, yang diundi oleh para pembaca majalah tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Travelog Jejak Lagu Rakyat Malaysia, Indonesia & Brunei Bersama Hos Ainul Aishah