in

AirAsia Memperkenalkan Barista di Udara

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah peneraju dan terbesar di rantau ini kini menawarkan kopi premium seperti Espresso, Long Black, Cappuccino dan Café Latte dalam penerbangan terpilih AirAsia yang melebihi 2 jam dan ke atas dengan pengenalan Barista di Udara AirAsia.

Kopi premium dari T&Co akan dihidang oleh anak-anak kapal AirAsia yang telah dilatih sebagai professional barista. Kopi Premium ini tersedia dalam penerbangan terpilih AirAsia Malaysia (Kod penerbangan AK) yang melebihi dua jam ke atas dan berharga RM8 secawan sahaja.

Barista in the Skies!

Nikmati kopi premium dari T&Co dalam penerbangan AirAsia yang terpilih hari ini dengan hanya RM8

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata:

“Terdapat permintaan tinggi bagi kopi premium yang berterusana dalam penerbangan AirAsia. Sejak dari pengenalan rangkaian produk-produk T&Co dalam menu dalam penerbangan kami lewat tahun 2013, kami telah melihat peningkatan dalam permintaan terhadap kopi premium. Maklum balas dari para tetamu kami adalah sangat berharga dan kami berbangga memperkenalakan Barista di Udarayang akan menghidangkan para tetamu dengan kopi premium ini pada harga yang sangat berpatutan.”

“Dengan pelancaran produk ini hari ini, kami mempunyai 10 pesawat AirAsia Malaysia yang di lengkapi dengan mesin kopi espresso T&Co, dan seterusnya mesin kopi ini akan dilengkapkan ke lebih banyak pesawat di seluruh jaringan AirAsia. Kami juga akan terus mencari produk baru dan menawarkannya kepada para tetamu kami dengan pengalaman penerbangan yang lebih baik,” tambah Spencer Lee.

AirAsia juga ingin terus menjemput semua tetamu yang telah mencuba kopi premium dan pengalaman bersama Barista di Udara kami untk berkongsi pengalaman mereka di platform media sosial dengan tag @AirAsia dan @T&Co di Instagram, serta hashtag #baristainthesky.

T&Co telah diasaskan atas dasar ‘kerana semua orang berhak mendapatkan kopi yang terbaik’ dan bagi memberi pegalaman meminum kopi yang lepbih baik kepada semua, tak kira di mana anda berada. Pasukan T&Co terdiri dari kumpulan pelancong, usahawan dan peminat kopi yang telah berkerja dalam menghasilkan ramuan istimewa Altitude BlendTM yang khusus bagi deria rasa yang kurang sesitif semasa dalam penerbangan. Biji kopi Grade Robusta yang di amabil dari altitud tinggi dari Amerika Selatan and Asia adalah dibakar sedikit menghasilkan ramuan yang pekat dengan lebih manis dan sensasi menghirup kopi yang lebih halus. Untuk maklumat lanjut mengenai kopi T&Co, layari tcocoffee.com.

Untuk terus mengemas kini mengenai aktivit Barista In The Skies, dan juga promosi terkini AirAsia sila ikuti AirAsia Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Spencer Lee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang ANUGERAH KARAOKE POPULAR K-20 2014

Zon Ceria Suria FM Terjah Pejabat