in

Airasia Kukuhkan Hab Kota Kinabalu Dengan Laluan Baharu Ke Macao

AirAsia terus memperkukuhkan hab Kota Kinabalu dengan pelancaran laluan baharu terus ke Macao, China. Penerbangan empat kali seminggu itu akan bermula pada 2 November 2018.

Malay Image

Dikenali sebagai ‘The Vegas of Asia’ di seluruh dunia, Macao adalah sebuah bandar pesat dengan 25 tarikan warisan sejarah dunia. Bandar ini menggabungkan budaya Portugis dengan ciri-ciri tradisional Cina, menjadikannya sebuah destinasi unik untuk dikunjungi.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Malaysia berkata, “Kota Kinabalu adalah salah satu hab terbesar kami selepas Kuala Lumpur dan kami komited untuk terus mengukuhkannya dengan mengembangkan rangkaian kami ke laluan domestik dan antarabangsa. Baru-baru ini kami telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, dan hari ini kami berbesar hati kerana dapat menghubungkan warga Sabah ke Macao dan Pearl River Delta. Sabah terletak di lokasi strategik di bahagian utara pulau Borneo dan kami berharap dapat membawa dunia ke Sabah dengan menghubungkannya dengan Asean, Asia Utara, Australia dan lain-lain.

“Tahun ini, kami telah menerbangkan lebih daripada 6.7 juta tetamu ke dan dari Sabah dengan 281 penerbangan mingguan. Dengan peningkatan penerbangan, kami berhasrat untuk menarik lebih ramai pelancong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan. Kami juga sedang meneroka peluang untuk mempromosikan jenama dan produk tempatan melalui platform dalam talian, OURSHOP.”

AirAsia kini menawarkan tambang pengenalan termasuk semua dari Kota Kinabalu ke Macao daripada RM129*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 2 November 2018 hingga 29 Mac 2019. Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati diskaun segera untuk ahli. Ahli BigPay pula boleh menikmati penjimatan sehingga RM32* apabila mereka membuat pembayaran menggunakan kad BigPay.

Selain Macao, AirAsia juga terbang ke 9 laluan antarabangsa terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, Singapura, Manila, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Taipei; serta 8 laluan domestik ke Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Miri, Kuching, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Pusat Bersejarah Macao menawarkan pelbagai tarikan bangunan bersejarah, bangunan keagamaan serta bangunan bercirikan Portugis dan Cina yang tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO. Nikmatilah keindahan bangunan neoklasik Eropah dan butik-butik terkenal di sepanjang Dataran Senado. Kemudian lawatilah Runtuhan St. Paul, mercu tanda Macao paling terkenal yang dibina pada abad ke-16 sebagai kolej dan katedral. Untuk melihat panorama menakjubkan bandar tersebut, lawatilah Menara Macao, sebuah monumen kebangsaan berketinggian 338m yang turut menawarkan aktiviti lasak seperti Tower Climb, Bungee Jump, Sky Jump atau Skywalk.

Macao juga padat dengan pusat-pusat hiburan seperti Venetian Macao yang serba mewah dan Macao Fisherman’s Wharf, sebuah kompleks taman tema yang ideal untuk seisi keluarga. Selain itu, lawatan ke Macao tidak lengkap tanpa menikmati tart telur yang terkenal; Minchi – juadah kebangsaan Macao yang terdiri daripada daging cincang, kentang, bawang, kicap, cendawan hitam dan telur goreng yang dihidang bersama nasi; snek ikan masin; udang goreng ala Macao dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Hanya untuk satu (1) penerbangan pergi-balik untuk seorang tetamu.

bki-mfm BM.png
Sepang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Khas Aidiladha RTM KORBAN JALIL & JIMAN Lakonan Jalil Hamid

Zayan Anjur Showcase Jelajah C.U.D.I.P.T dan BRO BUSKERS