Ditawarkan dengan harga RM399, Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia membolehkan pemegang pas untuk menebus penerbangan tanpa had dalam Malaysia ke 16 destinasi untuk tempoh perjalanan sehingga 31 Mac 2021. Layari airasia.com/deals untuk membeli pas tersebut.
Sejak dilancarkan pada 11 Jun, lebih 12,000 penerbangan telah ditebus. Penebusan penerbangan pertama dilakukan adalah pada tujuh minit selepas pas tersebut mula dijual. Destinasi utama yang menjadi pilihan adalah Kuching dan Kota Kinabalu selain Tawau, Sibu dan Pulau Pinang, sementara bulan Julai dan Ogos mencatatkan jumlah penebusan penerbangan tertinggi.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata,
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan dan semangat mereka dalam membantu memacu dan mempercepat pemulihan pelancongan domestik.
AirAsia berbangga kerana dapat membantu perkembangan ekonomi dengan tambang nilai hebat kami, terutama pada masa-masa yang mencabar ini.
Kami berharap dapat menyambut kedatangan anda semua dalam penerbangan AirAsia tidak lama lagi dan jangan lupa untuk mengikuti semua nasihat perjalanan udara baharu, termasuk memastikan anda memakai pelitup muka pada setiap masa, membersihkan diri dengan kerap, menggunakan prosedur tanpa sentuhan kami, tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum penerbangan anda dan pra-tempah makanan panas dalam talian.”
– Riad Asmat
Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko untuk memastikan keselamatan untuk semua.
Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).
*Tertakluk kepada terma dan syarat, sila baca Soalan-Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.