AirAsia menawarkan tambang asas dari serendah RM69* dari Johor Bahru ke Tawau, boleh didapati dari sekarang sehingga 16 Februari 2014, untuk tempoh perjalanan dari 18 April 2014 – 31 Januari 2015. Syarikat penerbangan itu juga menawarkan tempat duduk percuma* dari Singapura ke Kota Bharu dan Terengganu, boleh didapati untuk tempahan dalam talian dari sekarang sehingga 16 Februari 2014. Tempoh perjalanan bagi promosi ini ialah dari 21 April 2014 – 25 Ocktober 2014 bagi Singapura – Kota Bharu dan 22 April 2014 – 25 Oktober 2014 bagi Singapura – Terengganu.
AirAsia terus mengukuhkan perhubungan melalui pelancaran tiga laluan eksklusif terbaru. Tambang asas dari serendah RM69* dari Johor Bahru ke Tawau dan tempat duduk percuma* dari Singapura ke Terengganu dan Kota Bharu boleh didapati sekarang!
Tawaran-tawaran ini boleh didapati untuk tempahan di www.airasia.com , di mana para tetamu hanya perlu membayar fi dan cukai yang berkaitan, dari RM29 sehala.
Selain di laman sesawang, penerbangan juga boleh ditempah melalui aplikasi peranti mudah alih AirAsia yang boleh didapati bagi iPhone, Android, Blackberry Z10 dan kini di platform Windows Phone. Hanya cari AirAsia di stor aplikasi peranti masing-masing untuk muat turun dan buat tempahan.
Kenny Wong, Ketua Komersil AirAsia Berhad berkata, “Pelancaran tiga laluan baharu ini merupakan langkah terbaru yang diambil dalam usaha kami bagi memperluaskan operasi di Malaysia dan rantau ini. Kami berbangga menjadi satu-satunya operator yang menyediakan perkhidmatan udara yang menjadi penghubung di antara destinasi-destinasi ini, mencerminkan komitmen yang tinggi dari kami dalam menyediakan tambang rendah, pilihan yang lebih dan perhubungan udara yang dipercayai kepada semua.
“Laluan-laluan terbaru ini meyediakan lebih pilihan destinasi kepada para tetamu kami, terutamanya bagi penduduk di Tawau, Sabah dan membolehkan mereka menerokai destinasi ke Semenanjung Malaysia seperti ke Johor Bahru dan sebaliknya. Bagi mereka di Singapura pula, nikmatilah keindahan Terengganu dan Kota Bharu, ketenangan yang jauh dari kesibukan kota dengan menempah penerbangan terus ke dua destinasi ini dari kota Singa,” tambah Kenny.
AirAsia juga menawarkan potongan 20% terhadap semua tempat duduk bagi semua penerbangan AirAsia, membolehkan para tetamu untuk terbang ke banyak destinasi di rantau ini, dengan jaringan penerbangan yang terluas.
Promosi potongan 20% ini tersedia untuk tempahan di www.airasia.com dari sekarang sehingga 16 Februari 2014, dengan cukai dan fi berkaitan dari RM29 sehala untuk perjalanan dari 17 Februari ke 18 Mei 2014.
Selain di laman sesawang, para tetamu juga boleh membuat tempahan dengan potongan 20% melalui saluran tempahan peranti mudah alih AirAsia.
Jaringan laluan AirAsia merangkumi negara-negara Asean dan penerbangan domestik di Malaysia, Thailand, Indonesia and Filipina. AirAsia menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014, melalui usaha menyediakan hubungan penerbangan yang kukuh, dengan matlamat untuk membawa masuk lebih ramai jumlah ketibaan domestic dan antarabangsa ke negara ini.
AirAsia juga telah melancarkan tiga laluan baru yang menghubungkan Semenanjung Malaysia ke Sabah & Sarawak pada Januari 2014, dengan penerbangan terus dari Kuching ke Langkawi, dan dari Miri ke Pulau Pinang dan Terengganu bermula 20 Mac 2014.
Ikuti Twitter AirAsia (www.twitter.com/AirAsia) dan Facebook (www.facebook.com/AirAsia) untuk mengetahui for promosi terbaru, aktiviti dan perkembangan mengenai AirAsia.
*tidak termasuk surcaj bahanapi, cukai dan fi yang berkaitan. Untuk perjalanan sehala sahaja.