Semua sumbangan akan disalurkan kepada perusahaan sosial dan badan amal seperti Perbadanan Taman Negeri Perak, Yayasan SEED dan Beyond Borders Malaysia yang menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada keluarga Orang Asli, komuniti gelandangan dan pelarian.
Yayasan AirAsia juga membantu perusahaan sosial mereka dan anggota komuniti yang kebanyakannya kehilangan punca sara hidup akibat sekatan pergerakan yang dikenakan di seluruh rantau ini.
Sumbangan boleh dibuat di laman web Yayasan AirAsia di https://airasiafoundation.com/relieffund atau dengan BigPay melalui pemindahan wang daripada aplikasi kewangan tersebut kepada AirAsia Foundation atau melalui Pemindahan Wang dengan Bank Tempatan (bermula 6 April 2020).
Pengarah Eksekutif Yayasan AirAsia Yap Mun Ching berkata:
“Pandemik ini telah memberi kesan negatif kepada mereka yang menghadapi kekurangan sosio-ekonomi.
Para perusahaan sosial kami telah melaporkan bahawa mereka menerima rayuan daripada ahli komuniti mereka untuk bantuan makanan.
Dalam keadaan yang luar biasa ini, kami menyeru kepada semua orang untuk membantu dan berharap ramai yang akan memberi sokongan.”
– Yap Mun Ching
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay Chris Davison berkata:
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam kempen ini, yang mana keutamaan kami adalah untuk membolehkan sumbangan dilakukan dari rumah, seterusnya menyokong kakitangan barisan hadapan ketika mereka menjalankan misi menyelamatkan nyawa.
Matlamat BigPay adalah untuk menyokong inklusiviti kewangan bagi semua lapisan masyarakat dan bantuan ini adalah sebahagian daripada misi kami yang lebih luas.â€
– Chris Davison
Yayasan AirAsia telah menyokong pelbagai organisasi untuk memberikan bantuan kepada komuniti dalam krisis. Sejak tahun 2013, yayasan ini telah menyumbang lebih RM14 juta untuk menyokong program pemulihan dan pemuliharaan bencana selepas Typhoon Haiyan (2013), banjir di Malaysia (2014), gempa bumi di Nepal (2015) dan tsunami di Palu (2018).
Yayasan ini juga menghantar beribu-ribu bantuan melalui penerbangan AirAsia ke lokasi yang dilanda bencana di seluruh rantau ini.
Kempen #InThisTogether mengetengahkan usaha AirAsia untuk mengalih saluran komersil dan pengangkutannya bagi menyediakan bantuan kepada perniagaan kecil dan komuniti yang terjejas.
Selain tabung bantuan Yayasan AirAsia, Kumpulan AirAsia juga menyediakan penyelesaian e-dagang melalui platform e-dagang OURSHOP dan perkhidmatan penghantaran Teleport kepada peniaga kecil yang yang ditutup untuk mengawal penyebaran Covid-19.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut, ‘Save Our Shops‘ (S.O.S), layari airasia.com.
Untuk maklumat lanjut dan status bantuan ini, layari airasiafoundation.com/relieffund.