in

AirAsia Lancar Program AirAsia Cintakan Asean

AirAsia telah melancarkan program AirAsia Cintakan Asean, satu siri inisiatif yang memberi tumpuan kepada pendidikan, pembangunan bakat dan ekonomi untuk meraikan 50 tahun Asean.

Inisiatif tersebut merangkumi Kerjasama AirAsia dan Universiti-Universiti Asean, Hari Usahawan Asean, Kem Wartawan Asean dan Program Mobiliti AirAsia Allstars.

AirAsia Menyumbang Semula Kepada Asean Sempena Sambutan Jubli Emas Asean

AirAsia Menyumbang Semula Kepada Asean Sempena Sambutan Jubli Emas Asean

Menerusi usahasama bersama Universiti ini, AirAsia akan memberi peluang kepada para graduan dari rantau ini untuk menjalani latihan industri dalam pelbagai bidang di syarikat penerbangan tersebut, dengan peluang untuk menjamin pekerjaan sepenuh masa selepas tamat pengajian.

Hari Usahawan Asean akan mengukuhkan komitmen AirAsia terhadap usahawan-usahawan Asean dengan mengadakan forum latihan bersama startup terbaik di Asean dan sebuah platform untuk membangunkan dan memasarkan bisnes mereka, bermula dengan jenama pelakon, pengacara dan VJ Indonesia Daniel Mananta, “Damn! I Love Indonesia”.

Bagi menggalakkan liputan yang lebih baik mengenai Asean, AirAsia akan menjadi tuan rumah Kem Wartawan Asean, bengkel khas bagi wartawan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam mengenai jenama regionalisme Asean, cara organisasi berfungsi, sosial, pembangunan dan isu integrasi serta pelancongan berasaskan komuniti.

Akhir sekali, AirAsia Allstar akan mendapat peluang untuk bekerja dan menetap di negara Asean lain menerusi Program Mobiliti Allstars. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya di peringkat kerjaya dan peribadi.

AirAsia Cintakan Asean dilancarkan di sebuah acara bertempat di Ibu Pejabat Tentera Udara Filipina di Pangkalan Udara Villamor di Metro Manila, Filipina. Acara tersebut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Asean, Dr AKP Mochtan; Duta Malaysia ke Filipina, Dato ‘Razlan Abdul Rashid; Kongres Filipina, Cesar V Sarmiento; Kongres Filipina, Lucy Torres-Gomez; Pembantu Setiausaha Pelancongan Filipina, Daniel Mercado; Penolong Setiausaha Perdagangan Filipina, Abdulgani Macatoman; Pengarah Keselamatan Penerbangan Indonesia, M Nasir Usman; dan Datuk Bandar Ormoc, Richard Gomez. Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan ahli-ahli pengurusan AirAsia yang lain turut hadir untuk memeriahkan acara tersebut.

Di pelancaran tersebut, AirAsia telah mempamerkan rekaan grafik istimewa (livery) “I Love Asean” yang diilhamkan oleh tekstil, seni bina, seni dan alam semula jadi dari 10 negara Asean. Sebagai contoh, batik cetak dari Malaysia, poom khao bin dari Thailand, ulos Batak dari Indonesia, tapis dari Filipina, trống đồng dari Vietnam, kbach pka Chan dari Kemboja, Lao phouthai dari Laos, chate dari Myanmar, jongsarat Brunei dari Brunei, dan Vanda Miss Joaquim dari Singapura.

Kesemua pesawat AirAsia yang beroperasi di rantau ini juga akan memaparkan bendera Asean, sebagai tambahan kepada bendera kebangsaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami amat terhutang budi kepada Asean atas kejayaan kami selama ini. Sebagai sebuah syarikat penerbangan Asean, kami ingin menyatukan masyarakat di rantau ini selaras dengan usaha Asean selama 50 tahun yang lepas. AirAsia Cintakan Asean adalah salah satu inisiatif yang telah kami rencanakan untuk menyumbang kembali kepada rantau Asean bersama dengan promosi berterusan ke destinasi Asean menerusi penjenamaan dan usaha pemasaran yang membolehkan kita menyatukan komuniti dan ekonomi. Pada masa yang sama, Asean maju kearah integrasi dan persefahaman yang lebih baik.”

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

AirAsia Menyumbang Semula Kepada Asean Sempena Sambutan Jubli Emas Asean

AirAsia Menyumbang Semula Kepada Asean Sempena Sambutan Jubli Emas Asean

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Voting Opens on Thursday Night for Asia’s Got Talent Semi-Finalists

Fattah Amin & Fazura Bakal Buat Sidang Media 23 November Ini