in ,

AirAsia Lancar Penerbangan Terus ke Shantou China

AirAsia melancarkan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Shantou, China. Laluan baru ini dibuka untuk tempahan mulai hari ini dengan promosi tambang termasuk semua dari RM88* sehala.

Laluan ini merupakan laluan eksklusif yang ke 14 bagi kumpulan syarikat penerbangan itu ke China dari Malaysia, dan penerbangan akan mula beroperasi pada 25 Mac 2016. Laluan ini dikendalikan oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK) menggunakan Airbus A320 dengan 180 kapasiti tempat duduk.

Promosi tambang termasuk semua serendah RM88* sehala boleh didapati untuk tempahan secara online di airasia.com, dan juga melalui aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android bermula sekarang hingga 22 Februari 2016. Tempoh perjalanan bagi promosi ini adalah dari 25 Mac 2016 hingga 5 Februari 2017.

Note: Semua masa yang dipapar adalah masa tempatan di destinasi masing-masing.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata,

“Kami amat gembira untuk menambah Shantou ke dalam senarai destinasi kami ke negara China. Terdapat permintaan yang tinggi bagi laluan ini, dan kami berasa gembira untuk melancarkan penerbangan terus 4 kali seminggu ini. Kami positif bahawa laluan ini akan terus meningkatkan jumlah ketibaan pelancong China ke Malaysia, terutamanya dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk memudahkan permohonan visa untuk warga China ke negara ini.”

– Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad

Terletak di pantai timur wilayah Guangdong, Shantou adalah salah satu kampung halaman utama masyarakat Cina yang tinggal di luar negara.

Pinggiran pantai dan iklim subtropika marin yang tenang memberikan bandar ini banyak tempat pelancongan yang menarik. Pulau Nan Ao, Teluk Qing Ao, Puncak Lotus, Queshi Scenic Spot, bekas kediaman Chen CiHong, Menara simbolik Tropic of Cancer, Taman Zhongshan dan Rainbow Shadows secara kolektif dikenali sebagai lapan tempat menarik di Shantou yang tidak boleh dilepaskan.

Gunung, pantai, dan pulau-pulau yang indah, sehaluan dengan pemandangan yang menenangkan mengelilingi pelabuhan, membentuk persekitaran yang menakjubkan sekaligus menarik minat mereka yang ingin meluangkan masa percutian luar dari kehidupan bandar.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Anugerah NORA ARIFFIN Cukup Bermakna

Senarai Penuh Pemenang MET10 Awards 2016