in

AirAsia Lancar Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang ke Hanoi & Phuket

 

PULAU PINANG, 4 APRIL 2018 – Tarikan istimewa Asean kini lebih dekat dengan Pulau Pinang, kerana AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bakal melancarkan penerbangan terus ke Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand bermula 1 Julai 2018.

Dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK), penerbangan terus ke Hanoi dan Phuket merupakan laluan kesembilan dan kesepuluh dari Pulau Mutiara tersebut, mengukuhkan lagi hubungan intra-Asean yang ditawarkan. Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu, manakala ke Phuket tujuh kali seminggu.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Malaysia berkata, “Pulau Pinang sememangnya menjadi kebanggaan Malaysia dengan status Tapak Warisan Dunia, juadah yang dikenali serata dunia, pelbagai budaya dan seni bina yang menarik. Tambahan pula, lokasinya yang strategik di rantau ini telah membantu meningkatkan permintaan perjalanan masuk dan keluar yang mana ia menerima seramai tujuh juta orang pelancong melalui perjalanan udara pada tahun lepas.”

“Sebagai sebuah syarikat Asean yang terbang ke semua 10 negara Asean, kami amat berbesar hati untuk meneruskan usaha kami menghubungkan Asean lebih jauh sebagai sebahagian daripada rangkaian kami yang luas. Kami positif bahawa laluan baharu ini akan memberi sumbangan besar kepada sektor pelancongan bagi ketiga-tiga buah negara dan menjadi tempat pelancongan utama di rantau ini oleh para pelancong di seluruh dunia,” tambah beliau.

Untuk meraikan laluan baharu ini, tambang termasuk semua bermula RM99* sehala dari Pulau Pinang ke Hanoi dan RM79* sehala dari Pulau Pinang ke Phuket boleh ditempah dari 4 April 2018 sehingga 15 April 2018 untuk tempoh perjalanan di antara 1 Julai 2018 dan 29 Oktober 2018. Layari airasia.com atau tempah melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone atau Android untuk menikmati promosi ini.

Para tetamu juga boleh menikmati lebih penjimatan apabila mereka menempah dengan BigPay, aplikasi kewangan Asia. Ia merupakan satu-satunya kad yang memberikan penjimatan besar sehingga RM32** untuk tempahan di airasia.com. Para tetamu juga boleh menikmati pembayaran menggunakan tukaran mata wang asing sebenar tanpa caj tambahan apabila mereka menggunakannya di luar negara, selain dapat mengumpul mata ganjaran BIG.

Selain daripada dua laluan baharu tersebut, AirAsia juga terbang terus dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (102 kali seminggu sehala), Johor Bahru (31 kali seminggu sehala), Kota Kinabalu (11 kali seminggu sehala), Kuching, (10 kali seminggu sehala), Langkawi (21 kali seminggu sehala), Bandar Ho Chi Minh (7 kali seminggu sehala), Singapura (28 kali seminggu sehala), Medan (28 kali seminggu sehala), Surabaya (102 kali seminggu sehala) dan Jakarta (14 kali seminggu sehala) melalui AirAsia Indonesia (kod penerbangan QZ) dan Bangkok (14 kali seminggu sehala) melalui AirAsia Thailand (kod penerbangan FD).

Hanoi adalah salah satu pusat kebudayaan utama di negara yang kaya dengan sejarah. Walaupun sibuk, suasana ibu kota Vietnam ini juga santai dan mempunyai tarikan yang mudah dilawati dengan hanya berjalan kaki seperti Tasik Hoan Kiem dengan jambatan merah terkenal yang akan membawa anda ke Ngoc Son atau Kuil Jade Mountain yang terletak di Pulau Jade di utara pantai dari tasik. Para pelancong juga boleh menikmati kecantikan Teluk Halong yang bewarna hijau yang terdiri daripada lebih 3,000 pulau kapur dan gua, serta kampung-kampung nelayan.

Pekan Sapa yang indah terletak di utara juga menanti para pelancong dengan pemandangan padi yang memukau dan taman hijau yang subur. Ia juga popular bagi pendaki gunung atau ekspedisi berbasikal untuk bertemu suku kaum Vietnam seperti H’mongs, Daos dan Muong. Selain Sapa, pelancong juga boleh melawat bahagian lain di Vietnam utara seperti Son La dan Bac Ha.

Manakala Phuket pula bukan hanya sekadar pantai Patong dan tarikan di Soi Bangla. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini seperti melawati beberapa pantai yang indah, melihat pemandangan yang menakjubkan, dan menikmati aktiviti santai serta lasak untuk mengisi percutian anda. Terokailah puncak Nakkerd Hill, di mana terdapat patung marmar Big Buddha bersaiz 45 meter serta pemandangan panorama yang luar biasa.

Jangan lepaskan peluang melawat Bandar Lama Phuket yang kini diberi nafas baharu. Rumah-rumah kedai abad ke-19 yang berwarna-warni kini kembali ke bandar bekas kawasan perlombongan biji timah ini yang pernah mejalinkan hubungan perdagangan di pelabuhan British di Pulau Pinang. Juga, jangan ketinggalan melawati kepulauan Phang Nga Bay. Nikmati aktiviti kayak di lagun dan tebing batu kapur atau lawati pulau James Bond dan kampung di atas air Koh Panyee, untuk pengalaman percutian yang menakjubkan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Sah untuk satu (1) penerbangan pergi balik untuk setiap tetamu.

Jadual Penerbangan untuk Pulau Pinang (PEN) – Hanoi, Vietnam (HAN)

No Penerbangan Dari Ke Waktu Pelepasan Waktu Ketibaan Jadual Penerbangan
AK618 PEN HAN 0615 0820 Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad
AK619 HAN PEN 0850 1250 Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad

 

Jadual Penerbangan untuk Pulau Pinang (PEN) – Phuket, Thailand (HKT)

 

No Penerbangan Dari Ke Waktu Pelepasan Waktu Ketibaan Jadual Penerbangan
AK1910 PEN HKT 2025 2030 Harian
AK1911 HKT PEN 2100 2305 Harian

 

***TAMAT***

立即发布

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Korang Perlu Tahu Tentang Filem ROH YANG TAK TERLIHAT

12 Tahun Terperap, DUKUN Ditayangkan 5 April