Laluan ini adalah laluan domestik AirAsia yang kelapan dari Kuching dan AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Kuching secara terus ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
AirAsia lancar penerbangan terus 3x seminggu dari Kuching – Kota Bharu. Dapatkan tempat duduk percuma bagi tempahan dari 20 Jan – 2 Feb di www.airasia.com
Penerbangan terus 3x seminggu ini akan beroperasi setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu dengan waktu perlepasan dari Kuching pada jam 0700 dan ketibaan di Kota Bharu pada jam 0855, sementara penerbangan dari Kota Bharu pula akan berlepas pada jam 0920 dan tiba di Kuching pada jam 1120.
Bagi menyambut pengumuman pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma yang boleh di tempah menerusi laman www.airasia.com dari 20 Januari sehinga 2 Februari 2014. Para tetamu hanya perlu membayar cukai dan surcaj yang bermula dari RM29 sehala. Tempoh perjalanan untuk tempahan tempat duduk ini adalah bermula dari tarikh operasi penerbangan ini pada 22 Mac 2014 sehingga 31 Januari 2015.
Selain dari laman web, tempat duduk percuma ini boleh ditempah menerusi applikasi mudah alih AirAsia yang tersedia bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan kini platform telefon mudah alih Windows. Hanya cari AirAsia di app store platform mudah alih masing-masing untuk muat turun dan mula menempah!
Kenny Wong, Ketua Komersial, AirAsia Berhad berkata:
“AirAsia komited dalam menghubungkan komuniti-komuniti, terutama dalam mendekatkan jurang antara Timur Malaysia dan Semenanjung Malaysia. November lalu, kami melancarkan penerbangan terus Kota Kinabalu – Kota Bharu dan kami menerima sambutan yang memberansangkan. Ini menunjukkan adanya pemintaan bagi menghubungkan kedua Sabah dan Sarawak secara terus ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan kami berbangga mengumumkan laluan secara terus Kuching ke Kota Bharu ini yang kami menjangkakan akan mendapat sambutan yang baik.”
“Tambahan lagi dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang sedang berlansung, penerbangan terus ini memberi perluang kepada para pelancong antarabangsa dari kedua bandar ini yang boleh terus meneroka pelbagai tarikan menarik yang terdapat di Malaysia. Menerusi penerbangan yang singkat ini mereka boleh mengalami kepelbagaian budaya, makanan tempatan dan keramahan rakyat Malaysia. AirAsia berbangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi bagi laluan ini yang juga akan menyumbang kepada usaha menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.”
AirAsia menghubungkan Kuching ke utara Semenanjung Malaysia dengan penerbangan terus ke Pulau Pinang dan juga ke selatan dengan penerbangan terus ke Johor Bahru, dan kini ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan penerbangan terus 3x seminggu ini ke Kota Bharu.
AirAsia menghubungkan Timur Malaysia dan Semnanjung Malaysia dengan penerbangan 427x seminggu dan menawarkan jaringan hubungan terbaik dalam Timur Malaysia.
Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).