Para pengembara kini dapat mengunjungi pelbagai destinasi menarik di India dengan tambang bermula RM329 termasuk semua* sehala ke Chennai, Tiruchirappalli, Kochi, Hyderabad, Bengaluru, Kolkata, New Delhi, Amritsar, Trivandrum pada 21 Februari 2024, Jaipur pada 21 April 2024, Visakhapatnam pada 26 April 2024 dan Ahmedabad pada 1 Mei 2024.
Para pengembara dari India juga boleh membuat tempahan penerbangan untuk mengunjungi Kuala Lumpur dengan tambang bermula INR7,835 termasuk semua* sehala. Tambang promosi ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 4 Februari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 2 Februari dan 30 November 2024.
India merupakan salah satu pasaran terbesar AirAsia dan baru-baru ini, ia telah menyambung semula laluan ke Visakhapatnam di Teluk Bengal dan akan terus memperluaskan rangkaiannya antara India dan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati untuk terus menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan yang berpatutan antara Malaysia dan India dengan tambang rendah yang tiada tandingan serta akan sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang bernilai hebat kepada para tetamu kami. Sejak penerbangan pertama kami ke India lebih dari 15 tahun lalu, kami telah memperluaskan rangkaian ke 12 destinasi menarik dan masih berkembang. Kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai pengembara ke pelbagai destinasi menarik di negara ini. Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami sentiasa komited untuk menghubungkan para tetamu dengan tambang berpatutan dan berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran kempen ‘This Is India’ ini.”
Para tetamu AirAsia juga dapat menikmati bagasi daftar masuk 20kg secara percuma** apabila mereka membuat tempahan penerbangan semasa tempoh promosi ini berlangsung.
Ikuti maklumat terkini dan promosi dari AirAsia di Instagram @flyairasia
*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.