in , ,

AirAsia Lancar Jualan Ulang Tahun Ke-21, Nikmati Tambang Daripada RM21

AirAsia lancar Jualan Ulang Tahun ke-21 – Nikmati tambang daripada RM21 sempena meraikan 21 tahun sebagai peneraju tambang rendah di Asia

AirAsia meraikan ulang tahun ke-21 dengan jualan tambang termasuk semua sehala daripada RM21!

Jualan yang dilancarkan pada hari ini bakal berlangsung sehingga 4 Disember untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 Mac 2024 dengan pilihan perjalanan lebih fleksibel dalam tempoh 12 bulan. Bermula daripada RM21, para tetamu boleh menikmati lebih nilai ke pelbagai destinasi kegemaran mereka seperti Langkawi, Pulau Pinang, Krabi, Terengganu, Singapura, Phu Quoc dan banyak lagi destinasi jarak dekat yang lain. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau laman web.

AirAsia Lancar Jualan Ulang Tahun Ke-21, Nikmati Tambang Daripada RM21

 Para tetamu yang ingin melancong ke destinasi yang lebih jauh kini boleh terbang bersama AirAsia X ke Perth, Taipei, Tokyo, Seoul, Melbourne, Auckland dan banyak lagi. Destinasi jarak jauh ini tersedia untuk tempoh perjalanan mulai hari ini sehingga 30 April 2023 daripada RM399 untuk tempat duduk ekonomi, atau RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Bukan itu sahaja, tetamu juga berpeluang menikmati promosi terhad dan hidangan dalam penerbangan PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu. Nikmati hidangan Santan airasia dalam penerbangan ke destinasi popular untuk tempahan penerbangan yang dibuat mulai sekarang sehingga 30 November 2022. Pelbagai hidangan percuma seperti juadah Asia, antarabangsa dan vegetarian tersedia untuk tempoh perjalanan antara 1 Disember 2022 hingga 30 Mac 2024. 

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan (Penerbangan) berkata: “Kami berbesar hati untuk menyambut ulang tahun ke-21 tahun sebagai peneraju tambang rendah kepada lebih 700 juta tetamu.

 “Lazimnya, hanya golongan yang berpendapatan tinggi sahaja mampu untuk menaiki penerbangan tetapi AirAsia telah merevolusikan serta mendemokrasikan industri penerbangan dengan menjadikannya berpatutan untuk semua. Jutaan tetamu kami merupakan pelancong kali pertama yang tidak mampu menaiki penerbangan sebelum AirAsia memulakan operasinya pada 8 Disember 2001. Selama 21 tahun, kami bukan sahaja menghubungkan para tetamu dengan orang tersayang, malah ke destinasi baharu yang unik dengan tambang berpatutan. Kami kekal komited untuk menyediakan akses kepada perjalanan udara dengan lebih nilai untuk semua.

 “AirAsia dipacu oleh bakat dan inovasi kukuh yang telah menjadikan kami sebuah platform pelancongan sehenti. Sempena ulang tahun ini, kami ingin menawarkan tambang rendah kepada tetamu kami ke destinasi kegemaran mereka! Terima kasih kerana anda terus setia menyokong kami selama 21 tahun!”

Karen Chan
AirAsia Lancar Jualan Ulang Tahun Ke-21, Nikmati Tambang Daripada RM21

Bagi meraikan sambutan tahun yang penuh istimewa, daripada pembukaan semula sempadan negara di seluruh dunia, hingga menerima pelbagai anugerah, AirAsia akan menawarkan pelbagai hadiah percuma, aktiviti yang menyeronokkan dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan rebutlah peluang untuk memenangi tiket penerbangan ke destinasi idaman semua.

AirAsia juga akan mengumumkan jualan  untuk laluan baharu yang menarik tidak lama lagi. Ini adalah permulaan permulaan baharu selepas 21 tahun, berjuta-juta penerbangan dan hampir satu bilion tetamu yang diterbangkan.

Ikuti perkembangan terkini mengenai penerbangan, perjalanan, gaya hidup dan banyak lagi dengan mengikuti @flyairasia di Instagram atau @airasia di Twitter dan WeChat/Weibo.

*Tertakluk pada terma dan syarat

*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan

*Hidangan percuma terhad kepada 500 tempahan harian bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Heo Sungtae

Disney Content Showcase Himpunkan Bintang Hiburan Top Asia di Singapura

SHILA AMZAH

Netizen Tak Puas Hati Shila Amzah Dapat Tempat Ketiga Gegar Vaganza 9?