in

AirAsia Kini Dah Ada 2 Juta LIKE di Facebook

Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia mengukuhkan kehadirannya di media sosial dan memberikan Tempat Duduk Percuma* kepada peminat laman Facebook AirAsia sebagai tanda terima kasih

AirAsia telah berjaya memperoleh lebih daripada 2 Juta ‘Like’ di laman Facebook globalnya dan meraikan pencapaian ‘virtual’ ini dengan memberikan tempat duduk percuma* kepada semua peminat laman Facebook syarikat penerbangan itu.

Siegtraund The, Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia berkata, “Teknologi merupakan satu bahagian yang amat penting dalam usaha kami untuk terus berinovasi dan memberikan pengalaman AirAsia yang terbaik untuk semua, dan media sosial digunakan sepenuhnya sebagai platform untuk berinteraksi dengan para tetamu kami, berkongsi maklumat terkini mengenai tawaran kami dan mendapatkan maklum balas mereka. Ia adalah sesuatu yang kami amat banggakan dan sebagai tanda terima kasih kepada 2 Juta peminat laman Facebook kami yang sentiasa memberikan sokongan padu, kami memberikan promosi istimewa tempat duduk percuma*”

Peminat Laman Facebook AirAsia boleh menempah tempat duduk percuma* ke destinasi domestik seperti Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuching, serta destinasi antarabangsa seperti Singapura, Bangkok, Banda Aceh dan banyak lagi mulai sekarang sehingga 13 Oktober 2013, untuk tempoh perjalanan dari 14 Oktober 2013 – 5 Ogos 2014.

Tempahan boleh dibuat dalam talian melalui www.airasia.com, dan juga melalui aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry 10 serta laman mudah alih di mobile.airasia.com. Maklumat lanjut mengenai promosi boleh didapati di facebook.com/AirAsia.

AirAsia merupakan salah satu syarikat penerbangan yang pertama untuk mengiktiraf keberkesanan media sosial terhadap perkembangan perniagaan, dengan menubuhkan pasukan media sosial pada tahun 2008. Semenjak itu, ia telah berjaya bertapak dan bergerak maju ke hadapan, sejajar dengan pertumbuhan pesat yang dicapai kumpulan AirAsia secara keseluruhannya.

Sebagai tambahan kepada laman media sosial global, syarikat penerbangan ini juga telah mengukuhkan kehadiran di dalam media sosial tempatan di 12 buah negara — Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun, India, China (termasuk Hong Kong), Taiwan, Korea Selatan dan Australia.

Secara kolektif, AirAsia mempunyai lebih 4.1 juta peminat di Facebook. Halamannya bersifat interaktif dengan posting harian berupa pengumuman, promosi, tips perjalanan, maklumat destinasi dan peraduan.

“Melalui kehadiran media sosial di pelbagai negara di mana kami beroperasi, AirAsia dapat menyelami kehendak tempatan, dalam masa yang sama berfikiran global dan membina hubungan yang kukuh dengan tetamu kami. Kami merupakan sebuah syarikat penerbangan yang mudah dirapati, dengan adanya akses perhubungan dengan kami melalui Twitter, Weibo, YouTube, Instagram, Pinterest serta WeChat, selain daripada Facebook. Kami gembira dapat menghubungkan orang ramai secara maya serta melalui rangkaian laluan kami yang meluas di seluruh rantau ini. Jangan ketinggalan mendapatkan tempat duduk percuma*, silalah ‘Like’ laman Facebook AirAsia sekarang,” tambah Siegtraund Teh.

Selain daripada kehadiran media sosial yang kukuh, AirAsia adalah syarikat penerbangan dan laman web pelancongan utama yang paling dilawati oleh rakyat Malaysia, seperti yang dinilai oleh comScore, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menganalisa dunia dan perniagaan bersifat digital.

*Tertakluk kepada cukai dan fi, dari RM26 sehala.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Boost Juice Bagus Untuk Kesihatan

Sinopsis Derhaka Seorang Madu