in

AirAsia Perkenal Laluan Pertama Ke India dari Hab Johor Bahru

Laluan baharu Johor Bahru-Kolkata bakal mula beroperasi pada 28 November 2017 dengan
penerbangan terus lima kali seminggu

AirAsia, syarikat penerbangan tambah rendah terbaik dunia hari ini memperkenalkan laluan pertama ke Kolkata, India dari hab Johor Baharu. Laluan baharu terus dari Johor Bahru ke Kolkata itu bakal mula beroperasi pada 28 November 2017 dengan penerbangan terus lima kali seminggu.

India dari hab Johor Bahru

Laluan unik yang akan terus mengembangkan sambungan laluan dari hab Selatan syarikat penerbangan itu, merupakan laluan ke-15 dari Johor Bahru dan laluan antarabangsa keenam dari hab tersebut. Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata,

“Sejak tahun 2010, AirAsia telah menerbangkan seramai 11 juta tetamu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan hari ini kami bangga untuk memperkenalkan laluan pertamanya ke Kolkata, India. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai merupakan rakan strategik AirAsia yang mapan dan kami berbesar hati untuk menambah lebih banyak laluan antarabangsa dari hab Johor Bahru sebagai sebahagian dari komitmen kami untuk menyediakan sambungan lebih baik kepada para tetamu dan mengembangkan lagi hab Selatan tersebut. Selain laluan baharu antarabangsa itu, kami juga telah menambah dua laluan domestik pada tahun ini; Johor Bahru- Kuala Terengganu dan Johor Bahru-Langkawi – kerana kami percaya, Johor Bahru mempunyai pelbagai tarikan dari segi peluang perniagaan, pelajaran, riadah, sukan dan pelancongan perubatan.”

“Kami juga teruja untuk menjadi satu-satunya syarikat penerbangan di dalam negara yang menawarkan penerbangan terus laluan ini, justeru menyambung selatan Malaysia ke ibu kota negeri Bengal Barat secara terus – dan kami berharap pengumuman laluan ini akan memberi banyak faedah kepada kedua-dua bandar tersebut dalam pelbagai segi, selain memperkukuhkan jalinan Antara Malaysia dan India,” tambah beliau.

Untuk meraikan pengumuman laluan baharu itu, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari RM99* sehala di airasia.com untuk tempahan dari sekarang hingga 3 September 2017 untuk tempoh perjalanan dari 28 November 2017 hingga 28 Ogos 2018. Tawaran tersebut juga boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android serta laman mudah alih mobile.airasia.com. Ahli Program Kesetiaan AirAsia BIG juga boleh mengumpul 2 kali Mata Ganjaran Big untuk tambang asas laluan ini.

AirAsia beroperasi dengan 150 penerbangan sehala seminggu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Selain Kolkata, AirAsia juga terbang ke lima lagi laluan antarabangsa dari Johor Bahru; Bangkok, serta ke sembilan laluan domestik dari Johor Bahru; Kolkata adalah ibu kota negeri Bengal Barat dan bandar kedua terbesar di India.

Ia juga dikenali sebagai ‘Kota Budaya India’ kerana ia kaya dengan tarikan budaya seperti Muzium India, muzium pertama di India; Victoria Memorial, sebuah seni bina dengan reka bentuk yang diinspirasikan oleh Taj Mahal; Belur Math, sebuah kuil yang menampilkan ciri perpaduan pelbagai agama dan banyak lagi. Di samping itu, ladang teh Darjeeling yang terkenal juga boleh dilawati dengan hanya menaiki kereta api atau bas tidak jauh dari Kolkata.

Selain itu, kota ini juga terkenal dengan kain suteranya, Tussar dan Vishnupuri selain juadah yang lazat seperti Jhal Muri, salah satu juadah Bengali yang terkenal dengan nasi dan sayur-sayuran; Pani Puri, Guangzhou, Bandar Ho Chi Minh, Jakarta, dan Surabaya Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Miri, Tawau, Sibu, dan Kota Kinabalu. cip yang dipenuhi dengan kentang dan rempah-ratus serta dicampur dengan air asam jawa; dan Ghugni Chaat; campuran kacang kuning panas dengan sayur-sayuran.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Program Istimewa Sempena Aidiladha di TV1

Kempen Foto Uncover Malaysia & Vignet Online Pilihan