Akikah bermaksud penyembelihan haiwan tertentu untuk anak yang baru lahir, selain mencukur atau memotong rambut dan menamakan mereka. Perkhidmatan baharu ini terdiri daripada Akikah Luar Negara yang merangkumi lebih daripada 35 buah negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin, Pakistan dan banyak lagi dengan harga serendah RM580 bagi seekor kambing dan Akikah Makkah, di mana penyembelihan akan dijalankan di Kota Suci Mekah dengan harga serendah RM499 bagi seekor kambing. Daging sembelihan tersebut akan diagihkan kepada komuniti yang memerlukan di negara-negara tersebut.
Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata: “Kami bangga untuk memperkenalkan perkhidmatan Akikah sebagai satu lagi produk mudah dengan harga yang berpatutan di platform kami bermula dengan pakej Akikah Luar Negara, dan akan disusuli dengan pakej Akikah di dalam negara tidak lama lagi. Melaksanakan Akikah adalah digalakkan bagi Umat Islam sebagai tanda syukur untuk bayi yang baru lahir, dan antara manfaat lain termasuklah mengumumkan kelahiran bayi, meraikannya bersama keluarga dan rakan-rakan, selain membantu golongan asnaf. Setiap tempahan perkhidmatan Akikah melalui IKHLAS juga akan membantu komuniti yang memerlukan termasuklah para pelajar, pekerja di barisan hadapan dan ramai lagi.”
Selain itu, setiap tempahan melalui ikhlas.com/aqiqah juga akan menerima BIG Poin (1 BIG Poin untuk setiap RM2) dan sijil rasmi yang memaparkan lokasi bagi setiap Akikah yang dilaksanakan bersama IKHLAS.
IKHLAS merupakan jenama perniagaan di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.
Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom