in

AirAsia Hubung Semula Kuala Lumpur ke Cebu Filipina

AirAsia akan menghubungkan semula penerbangan terus Kuala Lumpur ke Cebu, Filipina dengan kekerapan 3x seminggu yang akan mula beroperasi pada 24 Julai 2014, dan tempat duduk bagi penerbangan terus yang baru ini akan boleh mula ditempah secara atas talian di www.airasia.com dengan tambang asas serendah RM0 bermula dari Isnin, 5 Mei.

Laluan Kuala Lumpur – Cebu sebelum ini dioperasi oleh AirAsia Zest (kod penerbangan Z2) dan kini akan dioperasi oleh Malaysia AirAsia (kod penerbangan AK), AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang akan menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur – Cebu. Penerbangan 3x seminggu ini akan beroperasi setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu, menjadikan destinasi ketiga AirAsia ke Filipina dari Malaysia, selain dari Manila dan Kalibo (pintu masuk ke Pulau Boracay).

AirAsia menghubungkan semula Kuala Lumpur terus ke Cebu, Filipina dengan penerbangan 3x seminggu. Tempat duduk dengan tambang asas RM0 sehala bermula dari 5 Mei di www.airasia.com dengan penerbangan bermula pada 24 Julai 2014

Promosi tempat duduk istimewa bermula dari RM0 tambang asas dengan tambang termasuk semua bermula dari RM80 sehala boleh didapati untuk tempahan di laman web AirAsia bermula dari 5 – 11 Mei 2014, bagi tempoh perjalanan dari 24 Julai 2014 – 30 April 2015. Tempahan juga boleh didapati menerusi applikasi mudah alih AirAsia menerusi iPhone, peranti Android, Blackberry10 dan platform Windows. Cari AirAsia di setiap stor applikasi untuk muat turun dan mula menempah , atau lawati laman mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com.

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kami komited terhadap slogan kami, ‘Now Everyone Can Fly’ dan menghubungkan komuniti-komuniti di rantau ini. Kami telah membuka pasaran baru bagi pelbagai destinasi yang terdapat perkhidmatan penerbangan kami, dan tidak akan ada perbezaan bagi Cebu sebagai pintu masuk ke pelbagai aktiviti lasak dan membuka peluang kepada para pelancong untuk menikmati sejarah & budaya Filipina. Kami sangat berbangga meneruskan operasi laluan ini sebagai sebahagaian dari senarai destinasi-destinasi meluas dan menarik kami.”

Cebu, Filipina yang juga dikenali sebagai Queen City of the South menawarkan pelbagai tarikan menarik bagi pelbagai jenis pelancong. Bagi pengemar akviti menyelam, Cebu adalah destinasi yang terbaik dengan Pulau Malapascua di bahagian utara, Pualu Mactan yang hampir di pantai timur Bandar Cebu, Moalboal di sebelah barat, dan Sumilon di selatan menjanjikan kepelbagaian keindahan dasar laut seperti batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai jenis kehidupan marin yang boleh diterokai.

Salah satu tarikan utama bagi yang menjelajah ke Cebu adalah peluang untuk berenang bersama ikan yu paus di Oslob, dengan hanya 1jam setengah perjalanan dari Bandar Cebu.

Bandar Cebu ialah Bandar tertua di Filipina, dan bagi pengemar sejarah boleh berpeluang mempelajari monumen bersejarah seperti Santo Nino Shrine; Magellan’s Cross, yang dibawa oleh penjelajah terkenal Ferdinand Magellan yang menanamkan tanda salib di tempat ketibaan beliau di Cebu pada tahu 1521. Cebu juga adalah lokasi bagi universiti tertua di Filipina, Muzium University of San Carlos yang menyimpan pelbagai koleksi artifak kesan peningalan zaman kolonial Sepanyol dan membuka ruang bagi para pengunjung mengenali lebih dalam mengenai sejarah Bandar Cebu.

Bandar Cebu juga menawarkan pelbagai aktiviti mencabar seperti menikmati pemandangan bandar dari ketinggian 38 tingkat dengan Sky Walk Extreme, di mana anda boleh berjalan sekeliling di atas lantai gelas di puncak Crown Regency Hotel & Towers dengan sokongan kit keselamatan di sekeliling rangka luar bangunan ini; Edge Coaster, yang pertama di dunia dan satu-satunya jenis tunggangan seperti ini yang membawa anda sekeliling bangunan sambil duduk di atas kerusi tunggangan. Jika masih tidak puas, anda juga boleh memilih untuk merentasi antara dua menara secara zipline dengan Tower Zip, yang pertama dan satu-satunya zip-line urban di Filipina!

Selain dari itu, Cebu juga kaya dengan keajaiban alam semula jadi seperti Kawasan Falls – air terjun dengan keindahan serta kejernihan air yang nyaman sesuai untuk aktiviti seisi keluarga; begitu juga dengan pulau Bohol yang berhampiran, membolehkan para pelancong menikmati keindahan lanskap geografi Chocolate Hills, tarikan utama bagi pelancong di Bohol.

AirAsia juga mengadakan harga promosi istimewa dari Kuala Lumpur – Manila, dan juga Kota Kinabalu ke Manila dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM162 sehala, dengan tempoh tempahan yang sama dari 5 – 11 Mei dan para tetamu boleh memulakan perjalanan serta merta sehingga 3 Ogos 2014.

Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikutilah di Twitter

(twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotel KLIA2 Opens 9 May

AirAsia X Announces Fantastic Deals!