AirAsia “Home Tag” diaktifkan hari ini di Johor Bahru. Tetamu kini boleh mencetak tag bagasi dirumah apabila mereka daftar masuk melalui web
Masyarakat Johor kini berpeluang untuk terus memperluas proses daftar masuk melalui web mereka dengan bermulanya ciri “Home Tag” untuk para tetamu yang memulakan perjalanan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
“Home Tag” membolehkan tetamu mencetak tag bagasi mereka di rumah bersama dengan pas masuk mereka. Tag bagasi boleh dicetak dengan kertas bersaiz A4 dan tetamu hanya perlu melipat kertas tersebut dan memasukannya dalam ‘Home Tag Sleeve’ yang disediakan di lapangan terbang yang kemudiannya di kepilkan bersama bagasi. Bagasi kemudian boleh dihantar ke kaunter Self Bag-Drop sebaik tiba di lapangan terbang.
Ciri yang pertama di Malaysia ini, telah berjaya dilakasanakan di Lapangan Terbang Senai dan kini tersedia bagi penerbangan dari Johor Bahru – Kuching dan juga Johor Bahru – Kuala Lumpur. Ciri ini akan diimplementasikan bagi kesemua penerbangan yang berlepas dari Johor Bahru pada masa akan datang. Syarikat penerbangan ini juga akan membuat persiapan bagi menyediakan ciri ‘Home Tag’ terbaru dan inovatif ini tersedia bagi kesemua stesen dalam lingkungan jaringan AirAsia di rantau ini.
Langkah-langkah bagi melakukan ‘Home Tag’:
Melakukan daftar masuk web dan pilih untuk mencetak ‘Home Tag’ bersama dengan pas masuk anda.
Bawa bersama ‘Home Tag’ yang telah dicetak bersama dengan anda ke lapangan terbang. Pastikan bagasi anada tidak melebihi berat yang telah dibeli terlebih dahulu.
Terus ke kaunter Self Bag-Drop, di mana anda akan menerima ‘Home tag sleeve’ bagi memasukkan ‘Home Tag’ anda
Masukan ‘Home Tag’yang telah dicetak kedalam ‘Home tag Sleeve’ kedan tag ke bagasi anda yang perlu didaftar masuk.
Imbas ‘Home Tag’ anda di kaunter Self Bag-Drop counter, dan bagasi anda bersedia untuk ke destinasi anda.
Servis layan diri AirAsia ini kini sempurna selepas pengumuman yang telah dibuat awal bulan ini mengenai ‘Home Tag’ dan ‘Self Bag Drop’. Servis layan diri yang lain termasuk daftar masuk sendiri melalui web, secara aplikasi mudah alih atau kiosk dan Self Bag Tag.
Untuk mengethaui lebih lanjut mengenai stetsen terkini AirAsia yang akan melaksana pilihan layan diri penuh ini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).