in

AirAsia Hadiah Tiket Flight Kepada Semua Pemenang Pingat Olimpik

AirAsia memberi penerbangan percuma kepada semua pemenang pingat Olimpik dari rantau Asean di acara gala yang telah diadakan di Hotel JW Marriot Bangkok pada hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Timbalan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chavanee Tongroach, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia dari negara-negara lain serta pegawai-pegawai kerajaan dan sukan dari setiap negara Asean.

Photo1 ASEAN OLYMPIC MEDALLISTS

Airasia Menghadiahkan Penerbangan Percuma Untuk Semua Pemenang Pingat Olimpik Dari Rantau Asean

[dropcap]P[/dropcap]emenang pingat emas menerima penerbangan percuma seumur hidup, manakala pemenang perak dan gangsa masing-masing menerima penerbangan percuma selama lima dan tiga tahun.

Para pemenang pingat telah diberikan kad khas AirAsia BIG dalam emas, perak dan gangsa yang membolehkan mereka untuk terbang ke mana-mana 120 destinasi di dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika.

Klik di sini untuk video majlis gala ini:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Kami amat berbesar hati dapat memberi penerbangan percuma kepada semua atlit yang telah memberikan inspirasi kepada rantau ini dengan kecemerlangan sukan yang ditunjukkan.

“Seringkali, sukan tidak diendahkan di Asean tetapi pencapaian mereka menunjukkan bahawa kita boleh menjadi yang terbaik di dunia apabila kita tetapkan minda kita, bersama-sama dengan sokongan dan prasarana yang betul.”

Beliau menambah, “Atlet akan dapat menggunakan penerbangan percuma pada bila-bila masa, seberapa kerap yang mereka mahu. Kami benar-benar berharap mereka akan menikmati penerbangan mereka dengan kami.”




[pullquote align=”right”]AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dari segi penumpang yang dibawa dan mempunyai jumlah pesawat dengan kekerapan penerbangan yang tidak dapat ditandingi.[/pullquote]

Ianya juga adalah satu satunya syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara Asean, termasuk 60 laluan unik di rantau ini.

Perintis dalam perjalanan dan teknologi, AirAsia menawarkan pelbagai produk-produk yang inovatif seperti aplikasi mudah alih, pilihan layan diri yang luas, wifi dalam pesawat, panduan pelancongan interaktif, kopi premium, membeli-belah bebas cukai, Premium Flex dan Fly-Thru.

Perkhidmatan Fly-Thru membolehkan tetamu untuk menyambung ke mana-mana rangkaian luas AirAsia dengan hanya satu perhentian di hab-hab syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia seperti Kuala Lumpur dan Bangkok tanpa perlu melalui imigresen dan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi terakhir mereka.

Ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Let’s Karaoke dengan Muzik Video CINTA HARUS SEKSI Amelina

Didi Astillah Bergabung Bersama Nawhki Lahirkan Lagu PERCAYA