in ,

airasia food Perluas Perkhidmatan Serentak ke Johor Bahru & Melaka

Tebus HIDANGAN PERCUMA di airasia food bermula dari 24 Ogos hingga 7 September!

Platform perkhidmatan penghantaran makanan oleh airasia Super App, airasia food melancarkan perkhidmatannya secara serentak ke dua buah bandar utama iaitu Johor Bahru dan Melaka hari ini, menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan untuk semua dengan lebih nilai. Ini juga merupakan berita baik untuk pengusaha makanan dan minuman kecil tempatan kerana mereka boleh memanfaatkan caj komisen terendah dalam industri menerusi airasia food.

Untuk menyambut pelancaran di dua lokasi baharu ini, pelanggan di Johor Bahru dan Melaka dapat menikmati promosi ikonik airasia food iaitu HIDANGAN PERCUMA dari sekarang hingga 6 September 2021. Pengguna airasia Super App hanya perlu klik pada ikon ‘Food’ untuk menempah hidangan mereka atau layari airasia.com/food.  

airasia food perluas perkhidmatan serentak ke Johor Bahru dan Melaka

Lim Ben-Jie, Ketua e-Dagang airasia Super App berkata, “Kami memulakan airasia food dengan tujuan untuk mendemokrasikan industri penghantaran makanan, terutamanya untuk membantu pengusaha makanan dan minuman kecil tempatan yang berdepan dengan cabaran untuk bertahan dari segi kewangan berikutan caj komisen tinggi serta yuran lain yang dikenakan oleh platform penghantaran makanan lain. Airasia food berbangga untuk meneruskan misi kami di dua buah negeri di Malaysia hari ini yang menandakan lokasi keenam dan ketujuh, dan tidak lama lagi di Ipoh sebagai lokasi kelapan. 

“Caj komisen terendah dalam industri dan proses pendaftaran yang mudah oleh airasia food telah menjadikan platform kami sebagai pilihan dan kira-kira 80% peniaga tempatan yang berdaftar merupakan pemilik restoran persendirian atau penjaja. Kami juga amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa 88% peniaga di semua lokasi menerima peningkatan pesanan sejak mendaftar dengan airasia food. Selain itu, peniaga kecil boleh memanfaatkan inisiatif pemasaran strategik kami seperti promosi HIDANGAN PERCUMA yang sentiasa dijalankan dan kini terkenal di kalangan pelanggan dan peniaga kami.”

airasia food perluas perkhidmatan serentak ke Johor Bahru dan Melaka

Untuk kemudahan dan lebih penjimatan, pelanggan airasia food boleh menikmati nilai terbaik dengan tawaran Penghantaran Percuma untuk pesanan minimum RM15 dan dalam lingkungan jarak 15km. Pelanggan yang mempunyai BIG Poin pula boleh menikmati lebih penjimatan dengan menebus 50 BIG Poin untuk setiap RM1*. Promosi Penghantaran Percuma dan BIG Poin kini dijalankan hingga 31 Disember 2021. 

airasia food perluas perkhidmatan serentak ke Johor Bahru dan Melaka

Selain pelanggan dan peniaga yang mendapat manfaat dari perkembangan airasia food ini, pasukan penghantaran juga akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan di kedua-dua buah negeri. Pasukan penghantaran airasia akan mendapat faedah seperti menjana pendapatan sehingga RM2,000 seminggu, pulangan wang tunai sehingga RM2,000, elaun kerosakan telefon, perlindungan COVID-19, perubatan dan banyak lagi. Sebagai Allstar (kakitangan airasia), mereka juga diberi peluang untuk mempelajari kemahiran baharu dan berkembang dalam organisasi syarikat dengan kerjaya pilihan mereka sama ada untuk menjadi sebahagian daripada syarikat digital atau penerbangan. Individu yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh mendaftar di halaman ini

Ikuti perkembangan terkini airasia food dan peneraju platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean melalui@airasiasuperapp di Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terbukti Bukan Bapa Ayam, Tauke Syukur Tak Didakwa, Tekad Tinggal Dunia Hiburan

Sisi Komedi Wan Sharmila Dalam Telemovie Keluarga JJ di TV2